Tuesday, 31 May 2016

Berhenti komplen

Hidup kita perlu ceria dan positif setiap hati..hati-hati memilih kawan..bukan setakat kawan yang kita nampak jasadnya setiap hari,juga kawan-kawan maya kita..

Tengok wall mereka-mereka yang selalu update:

"Menyampah betul orang ni..bla-bla.."
"Si*l betul si driver CC* 1234 ni..."
"Apala..itu ini..."

Apa yang kita rasa bila bangun pagi dengan hadap ayat-ayat sebegini..rasa lemah,rasa xhepy..kan???

So...jika kita negatif,selalu cakap benda negatif,rungut smua org atas dnia ni xbetul..kita aja betul...100% KONPEM benda2 macam tu akan terus dtg pada kita.
Percayalah! Bak kata DAO apa yg kita fikir,kita cakap,kita baca semua tu doa...ati2 dgn apa yg kta mtk :)

Xmustahil jika kita terlalu rungut dgn org pangai xelok,org itu ini...org mcm tu la yg kita kerap jumoa dlm idup kita...apa taknya...

DAH KITA MINTAK..ALLAH BAGI...

So..unfriend org2 negative thinking(xnak dorg terasa unfollow aja) dan add lebih ramai org2.positif..tgk mcm mana idup kta berubah lebih mudah,lebih ceria..senyum :)

#LawOfAttraction

Hidup akan lebih tenang jika.....

Hidup akan lebih tenang jika:
-kita banyak cek dan baiki kekurangan diri kita daripada banyak cek orang lain punya kekurangan.

✔️Umpama tempek simen kat lobang umah sendiri kan lebih baik dr cek lobang umah org😊😊

-jika kita berenti dari menjadi org yg sentiasa hadir dlm setiap permasaalahan/situasi tapi sekadar bg buah pikiran dan kritik. Bila minta dia melaksanakan atau membantu..harammmmm...😬😬😬

-Jika kita sama-sama cari solusi bg sesuatu masalah drp mencari "salah siapa semua ni jadi ekkk?" 😈😈😈

Hidup akan lebih indah jika tak bermuka-muka..cukuplah Allah bagi 1 muka..buat apa nak banyak2...πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Hidup juga akan lebih indah jika saling menjaga perasaan..xkesah sesiapa janji semua d sekeliling kita tu manusia..ada aty perasaan...lebih2 lg org tua..klo x berkenan sesuatu kat mertua/ibu ayah..usahla dok hantar sms..ada lebih baik dtg depan tegur cara baikk..aty org tua x terasa.baru berkat idup..baru murah rezeki.. πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Hm...seny
um aja...😊😊😊😊

Satu post tapi banyak kisah..

Ada satu kisah di zaman Rasulullah saw:

Seorang Yahudi sedang menghina dan mencaci maki Saidina Abu Bakar. Namun Saidina Abu Bakar hanya mendiamkan diri waktu itu.
》》Rasulullah saw hanya duduk bersebelahan Saidina Abu Bakar dan tersenyum.

Setelah lama di caci maki oleh Yahudi, Saidina Abu Bakar mula menjawab dan membalas kata-kata Yahudi tersebut.
》》Lalu Rasulullah saw berlalu pergi.

Saidina Abu Bakar bertanya:
"Wahai Rasulullah,,kenapa disaat Yahidi tadi mencaci aku, kau berdiri disebelah ku dan tersenyum. Namun,disaat aku bangkit membalas kata-kata Yahudi tersebut kepadaku engkau berlalu pergi?"

》》Rasulullah saw menjawab:

"Sewaktu kau dicaci maki dengan kata-kata kesat tetapi engkau tidak menjawab dan membalas perbuatan tersebut, ada malaikat disebelahmu yang membela mu dan menjawab bagimu..aku suka dudjk bersama-sama malaikat lalu aku duduk disitu.

Tapi, sewaktu engkau mula menjawab cacian dan makian Yahudi tadi,malaikat berlalu pergi dan syaitan datang mengganti dan mengapi-apikan kamu.

Maka tempatku bukan bersama syaitan..lalu aku berlalu pergi..

:)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berdoalah agar golongan sebegini diberi hidayah oleh Allah...dan berdoa jualah agar Allah menjaga hati kita supaya tiada dengki,iri dan khianat.

Ramai yang suka mencaci. Ramai yang suka menghina. 'Alhamdulillah'kan sahaja semua cacian orang kepada kita. Kerna setiap yang diperkatakan itu adalah doa..Dan

Setiap doa yang kita pohonkan untuk orang lain ada malaikat yang meng'Aamiin' kan untuk kita juga.

Maka sentiasalah berdoa kebaikan untuk org. Nescaya malaikat mendiakan kebaikan untuk kita juga. InsyaAllah.

-senyumlah walau dihatimu berparut seribu-
:)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pandanglah setiap masalah atau kebuntuan itu daripada 'helicopter view'. Biar jelas terlihat semua peluang,ruang dan jalan keluar yang ada.

Jangan senakkan otak dengan melihat sesuatu permasaalahan itu daripada pandangan 'kanta pembesar'. Nanti masalah yang kecil pun kelihatan besar. Halangan yang kecil jua kelihatan besar..langsung tak dapat jumpa jalan keluar...

Pandanglah dari atas..andai satu pintu tertutup..banyak lagi pintu-pintu yang luas terbuka.. :)

Bila tengok orang lebih sikit....

Jika kita tengok orang lebih..jangan banding apa yang dia dapat,tapi kita tak dapat..TAPI LEBIH BAIK JIKA:
.
Kita lihat,apa yang kita ada tetapi dia tidak..ATAU,apa yang kita ada,tapi orang lain tidak.
.
Dengan itu,kita takkan memperendahkan apa yang Allah dah bagi dekat kita.. #syukur
.
Jika kita sedang berada diatas, janganlah kita menolak orang lain agar jatuh. TAPI LEBIH BAIK JIKA:
.
Kita tarik yang lain untuk naik ke atas BERSAMA KITA.
.
Andai rasa didalam hati cemburu/dengki dan sakit hati dengan kelebihan orang, cepat-cepatlah istighfar.
.
Andai rasa diri kita lebih baik dari orang lain, cepat-cepat juga istighfar.
.
Kerana cemburu,dengki,sakit hati,riak,ujub dan takbur adalah suntikan syaitan kepada kita. Cara menghindar syaitan hanyalah dengan #istighfar #astarghfirullah

Kisah Benar

[Perkongsian-kisah benar-]
♡Seorang isteri yang bekerjaya mempunyai gaji berkali ganda berbanding suaminya yang kerja cabuk(cikai)...
-si isteri mula merasa ego dan bangga dengan suami. Dirinya dirasa lebih hebat dari suami.
-maka,mulalah suami dibentak2. Setiap kali membelanjakan sesuatu,dia berbangga menyatakan semua itu dia punya.
-setiap kali suami ingin meminjam duit,diungkit2 dahulu pemberian, dibebel2 dahulu sehingga suami malu, barulah duit diberi pinjam
.
.
Dia lupa,perbuatan tersebut membuat Allah murka padanya. Redha suami hilang darinya. Maka walaupun gaji banyak, dirasakan sedikit. Ada aja yang perlu dibaiki. Ada aja yang perlu dibayar.
.
.
Lama-lama kereta 2 biji miliknya Allah tarik balik. Dia tak mampu bayar. Bank ambil. ( setiap kali suami nak pinjam naik, mesti dimulutnya keluar, "isi minyak", "kereta tu saya punya,jangan nak pakai buat berlagak awak punya"). Allahu Akbar.
.
.
Kini, si isteri tiada apa kecuali hutang keliling pinggang. Kenapa? Berkat rezekinya telah hilang. Redha suaminya telah hilang. Redha Allah bersamanya hilang tatkala suaminya tidak redha padanya.
.
.
Buat isteri: carilah redha Allah dalam redha suamimu. Jangan berlagak dengan kejayaanmu..barangkali rezeki mu itu adalah atas jasa dan rezeki suami dan anak2..Allah salurkan melaluimu..
.
.
Buat suami: jangan ambil kesempatan atas kejayaan isteri. Sama-sama bantu membantu. Jangan biarkan dia sahaja berbelanja untuk keluarga. ANDAI SAYANG DIA,redhalah pada dia..tiap kali terlintas dalam hati rasa marah padanya, teruslah maafkan dia dan berdoa dalam hati agar Allah juga ampun kan dia..kalau tak nanti,hidup dia akan susah dan tak berkat.
.
.
Suami kena ingat. Isteri jadi tak dengar cakap, kenapa? Isteri jadi ego kenapa? Bukankah awak yang kena didik dia? Dia amanah Allah pada awak..didik dia..nak dia dengar cakap???? Maka awak pun kena dengar cakap dulu. Dengar cakap siapa??? DENGAR CAKAP ALLAH...

Hidup macam kupas bawang

Hidup ni macam kupas kulit bawang..dalam proses untuk sampai ke sesuatu hasrat,kita akan menangis...jika kita di'tampar' atau 'disepak terajang' oleh hidup...jangan tanya,

"Kenapa aku??" Jangan ceritakan pada orang ramai tentang semua 'keluhan' dan 'kesusahan' anda..sebab....

80%- doesn't care
Another 20% GLAD that is u!!

So, cakap perkara baik2, dan yg baik2 akan datang. (Yang tak baik tu luah kat Allah je..Dia je yg boleh tolong)

Buat byk perkara yg boleh buat korg hepi,dan percayalah, bila korg byk buat perkara tersebut,ia akan tarik lebih byk perkara baik dtg dlm hidup korg...

Hukum tarikan(law of attraction) tu wujud..sama macam wujudnya hukum graviti...believe n just try!!

Pesan papa

PESAN PAPA:.Anaknda buat lima perkara ini.Ia akan mengubah rentak hidup kita..

# 1. Bangun awal pagi. Mulakan hidup seawal jam5 pagi. Semakin berusia semakin awal.Jadikan 4 pagi.Akhirnya dalam usia macam papa ,mulakan seawal jam 3 pagi. Raikan kesenyapan dengan menadah tangan atas sejadah pohon ampunan pada Allah. Sedekah juga awal pagi..

# 2. Minum air kosong.Banyak banyak. Air adalah sumber utama menghidupkan kita. Satu dari kesukaan papa adalah "air jabit". Rendam kismis dalam air. Sejukkan dalam peti ais. Minum awal pagi..

# 3. Apabila ambil sesuatu. Letak balik di tempat asal.Ianya memudahkan banyak perkara. Gantung pakaian yang mahu dipakai esok hari pada malam ini lagi. Ia menjadikan kita manusia yang tidak tergesa gesa..

# 4. Baca buku anakku. Baca sekurang kurangnya 100 muka surat sehari. Anaknda akan merasakan betapaluasnya cakerawala pandangan hidup,apabilausia menjangkau 40 tahun nanti. Simpan Jurnal Kejayaan Diri, Log Budi dan Catatan peristiwa hari hari..

# 5. Solat awal waktu. Alangkah lapangnya masa. Baca Al Quran sekurang kurangnya 20 muka surat sehari.

Cubalah TAHAJUD

Cubalah TAHAJUD walaupun sekali dalam seminggu, nanti kita akan nampak perubahan dalam diri.

Bahagia, tenang, tawakal yang tinggi, menyembuhkan sakit dan tanpa sedar bantuan Allah datang mencurah-curah merupakan antara 1001 rahsia terkandung dalam TAHAJUD. Yakinlah, ia berhasil bagi mereka yang sudah lakukan.

Syukur

Syukurilah yang sedikit dahulu, barulah Allah bagi kita yang besar-besar.

Bangun setiap pagi syukurilah setiap yang kita ada. Rumah untuk berteduh. Tilam dan selimut yang selesa.

Ucaplah Alhamdulillah dengan semua deria kita yang masih berfungsi. Sebutlah Alhamdulillah bila tengok kereta kita masih ada diluar. Selamat dan masih berfungsi dengan baik.

Jangan biar duit bersepah dalam rumah. Sekalipun duit 5sen. Kalau 5sen pun tak reti jaga,macam mana nak jaga 5juta?? πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Pernah dalam 1 seminar bisness dan kekayaan, penceramah berikan 10sen kepada setiap peserta. Kemudian,mereka disuruh baling duit tersebut. Semua baling.

Tiba-tiba penceramah minta mereka kutip balik, tak ramai yang kutip balik. Kebanyakan mereka bersembang dan terus duduk.

Kata penceramah tersebut:
"Tahniah bagi yang kutip. Anda memang layak jadi ahli bisness dan jutawan yang kaya berjaya. Kenapa? Kerna syukuri yang sedikit. Kalau 10sen tak mampu jaga,macam mana nak jaga 10juta???..huhu"

Hargailah setiap hari

Hargailah setiap hari-hari yang kita lalui dengan senyuman dan penuh rasa syukur..hargailah setiap wajah yang kita temui tatkala buka mata..

Usah terkesan dengan kata-kata orang. Mereka yang hitam hatinya dan suka melihat perkara negatif akan sentiasa berusaha mengkritik kamu..walau tatkala datang menziarahi kamu mereka bermuka manis..melayan setiap perbualan bersama kamu dengan gelak tawa dan senyuman..namun mereka pulang ke rumah dengan mengata kekurangan kamu dan mengkritik setiap kesalahan kamu sesama mereka.
☝️☝️☝️☝️orang sebegini:
layan aja...

Bersabar dengan setiap dugaan Allah berikan kerna disebaliknya ada kekuatan dan hikmah tersendiri. Tanam dalam kepala ada sesuatu lebih baik Allah nak berikan disebalik kesakitan itu..ingat,Aturan Allah itu sentiasa baik kerna Dia menyayangi kita lebih banyak dari kasih sayang ibu kita kepada kita :)

Mintalah selagi mampu bibir melafaz

Mintalah selagi mampu bibir melafaz..jangan rasa jika Allah belum berikan apa yang kamu  minta itu,Allah telah melupakan kamu..

Sesungguhnya Apabila Allah telah menetapkan bahawa bibirmu mampu mengucapkan doa..sudah tentulah Dia ingin memberi..

Boleh jadi apa yang kamu minta belum dapat atas sebab Allah tangguhkan hingga waktu sesuai tiba, ataupun doa tersebut adalah asbab kamu terpelihara dari bahaya..atau Allah nak gantikan doa tersebut dengan pahala di akhirat kelak.

Bersangka baiklah kepadaNya..tiada sesiapa yang lebih menyayangi kamu melainkan Dia..dan kasih sayangNya kepada kamu tidak mampu ditandingi oleh makhluk..termasuk bondamu sendiri....