[Perkongsian-kisah benar-]
♡Seorang isteri yang bekerjaya mempunyai gaji berkali ganda berbanding suaminya yang kerja cabuk(cikai)...
-si isteri mula merasa ego dan bangga dengan suami. Dirinya dirasa lebih hebat dari suami.
-maka,mulalah suami dibentak2. Setiap kali membelanjakan sesuatu,dia berbangga menyatakan semua itu dia punya.
-setiap kali suami ingin meminjam duit,diungkit2 dahulu pemberian, dibebel2 dahulu sehingga suami malu, barulah duit diberi pinjam
.
.
Dia lupa,perbuatan tersebut membuat Allah murka padanya. Redha suami hilang darinya. Maka walaupun gaji banyak, dirasakan sedikit. Ada aja yang perlu dibaiki. Ada aja yang perlu dibayar.
.
.
Lama-lama kereta 2 biji miliknya Allah tarik balik. Dia tak mampu bayar. Bank ambil. ( setiap kali suami nak pinjam naik, mesti dimulutnya keluar, "isi minyak", "kereta tu saya punya,jangan nak pakai buat berlagak awak punya"). Allahu Akbar.
.
.
Kini, si isteri tiada apa kecuali hutang keliling pinggang. Kenapa? Berkat rezekinya telah hilang. Redha suaminya telah hilang. Redha Allah bersamanya hilang tatkala suaminya tidak redha padanya.
.
.
Buat isteri: carilah redha Allah dalam redha suamimu. Jangan berlagak dengan kejayaanmu..barangkali rezeki mu itu adalah atas jasa dan rezeki suami dan anak2..Allah salurkan melaluimu..
.
.
Buat suami: jangan ambil kesempatan atas kejayaan isteri. Sama-sama bantu membantu. Jangan biarkan dia sahaja berbelanja untuk keluarga. ANDAI SAYANG DIA,redhalah pada dia..tiap kali terlintas dalam hati rasa marah padanya, teruslah maafkan dia dan berdoa dalam hati agar Allah juga ampun kan dia..kalau tak nanti,hidup dia akan susah dan tak berkat.
.
.
Suami kena ingat. Isteri jadi tak dengar cakap, kenapa? Isteri jadi ego kenapa? Bukankah awak yang kena didik dia? Dia amanah Allah pada awak..didik dia..nak dia dengar cakap???? Maka awak pun kena dengar cakap dulu. Dengar cakap siapa??? DENGAR CAKAP ALLAH...
No comments:
Post a Comment