Saturday, 25 June 2016

Raya: Kmpung suami atau isteri

Bila tiba dekat nak raya suami isteri mesti alami situasi macam ni kan?

Nak beraya di kampung isteri atau suami. Silap-silap boleh bawa gaduh. Bagi saya ada baiknya diwujudkan SISTEM GILIRAN baru lah adil.

Jika tahun lepas sudah di kampung suami,apa kata, tahun ini di kampung isteri pula.

Wahai suami: Tolong lah alert dan simpati sedikit ke pada isteri. Walaupun awak ad kuasa veto untuk menentukan bahawa setiap tahun boleh balik kampung awak, boleh jumpa Mak awak, tapi awak perlu sedar, keadaan isteri yang TERPAKSA-RELA mengikut awak akan buat dia 'makan dalam'.

Mungkin awak tengok dia macam tak kesah, tapi jauh dalam sudut hati dia rindu Mak ayah dia. Dia rindu akan suasana beraya dengan adik-beradik dia. Dia rindu nak tengok anak-anak buah dia. Kadang-kadang disebabkan nak menjaga hati suami, perempuan hanya menurut. Tetapi hati dia sebenarnya sedih dan sakit. Suami kena ambil tahu.

Semasa di rumah mertua, suami janganlah lepas tangan tak menghiraukan isteri. Dahla dia di kampung yang asing bagi dia. Tiada kawan, awaklah kawan dia. Tapi awak pula tinggalkan dia di rumah Mak awak, awak merayau dengan kawan-kawan tanpa ajak isteri. Makin bertambahlah rindu pada Mak ayah dan keluarganya di kampung kalau awak tinggal dia terkontang-kanting di rumah mertua tetapi awak keluar berhuha dengan kawan-kawan.

Ada sesetengah lelaki fikir, "Alah, Mak aku ada. Adik beradik aku ada, pergilah bersembang. Pergilah layan diorang".

Walaupun awak nak isteri anggap Mak dan adik beradik awak umpama Mak dan adik beradik sendiri, awak kena tengok pula, adakah Mak dan adik beradik awak layan dan anggap isteri awak sebagai anak dan adik beradik sendiri?

Isteri awak berkorban untuk beraya dengan keluarga awak. Dia tinggalkan keluarganya demi jaga hubungan dengan awak. Tetapi, awak perlu lah membalas pengorbanan dia dengan ada bersamannya. Jika nak keluar dengan kawan pun agak-agaklah. Jangan keluar pagi,lewat petang baru balik. Isteri dirumah mertua makan hati.

Sesama menantu atau adik beradik pula janganlah guna masa hari raya sebagai medan untuk tunjuk menunjuk.

"Baju raya aku lagi mahal, lagi gojes"
Kereta aku besar,import pulak tu. Ko pehal pakai kancil?"

Beraya untuk eratkan silaturahim bukan sebaliknya. Hati-hati.

Bagi isteri: Jangan nak queen control sangat untuk halang suami balik bergaul dengan Mak dan adik beradik dia. Macam saya sebut tadi pakai sistem giliran. Redha Mak dia amat penting bagi awak juga. Mak dia redha dia, awak pun akan bahagia juga. Kalau Mak dia tak redha dia,hidup awak pun sekali terpalit Susah juga. Berusahalah layan mertua sebaik mungkin. Jangan sesekali nak bersaing dengan mertua untuk rebut hati suami.

Tak usah risau. Kadang-kadang ada orang akan berkata begini, "aku buat baik pun, diorang bukan hargai. Aku orang luar".

Yang mengharap penghargaan manusia buat apa? Fikir Allah suka sudah!

Jadi, sama-samalah beringat dan bertolak ansur. Anggaplah semua yang kita buat untuk Allah suka. Suami jaga perasaan isteri dan sebaliknya. Isteri Bertoleransi dengan suami dan sebaliknya.

Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan redha Allah.


Friday, 24 June 2016

Semperit Anzalna pulak??

Terkesan dengan tarbiah dari tart nenas semalam, maka hari ni giliran aku pulak order 10 balang semperit anzalna.

Acaner rupa semperit tu? Ala, setengah orang panggil bunga cina. Tapi yang ni kalernya meriah anak mami. Ala-ala rainbow giteww.

Lama jugak aku dok menunggu akak semperit ni datang. Dahla sibuk dengan jem orang balik kerja dan nak berkejor solat Jumaat. Tapi alhamdulillah, setelah lama menunggu maka aku dapatla 10 balang yang aku nak, plus extra lagi 2 balang.

Aku rasa semperit ni baru siap semalam. Pasal apa, tangan akak tu pun masih lagi lekat perwarna merah kat jari jemari dia. Semoga bertambah-tambahlah rezeki dia.

Aku berikan setiap seorang 2 balang (sepupu dan kakak, abang aku). Disebabkan diorang duduk setempat aja, senang aku nak agih-agih. Jalan kaki aja. Kereta park kat luar.

Syukur, seronok tengok orang bahagia. Walaupun aku tak berapa nak bahagia sekarang, Al maklumkan anak aku dipinjam papanya dari cuti sekolah hari tu. Janji nak hantar buka sekolah, tup-tup dia bagitau lepas raya pulak!! Sebulan la anak aku skip sekolah. Aku nak buat apa?? Redha.

Itulah, tak bermakna kita belum bahagia, kita tak mampu bahagiakan orang lain. Mana tau disebabkan kita membahagiakan orang, Allah bahagiakan kita pulak.

Jangan dilupa, niat sedekah. Selepas beri aku minta doa dekat Allah,

"Ya Allah berkatilah pemberian Ku ini. Kau bahagiakanlah mereka. Tingkatlah keimanan aku kepadamu. Dan asbab aku memberi ini,kau tambahlah lagi kepadaku rezeki yang banyak dan berkat,kau permudahkanlah urusan mahkamah aku, kau kembalikanlah anak aku. Aamiin.

Dengan Allah selalulah minta. Ungkit-ungkit dengan Allah tak apa. Tapi jangan sesekali mengungkit dengan manusia. Nanti pahala hilang, dosa yang datang..

TART NENAS

Semalam saya sampai di rumah lebih kurang pukul 9.30 malam. Agak lewat kerana ada majlis iftar di tempat kerja (Alhamdulillah, makin free. Hihi).

Sebaik sahaja melalui peti sejuk kelihatan ada sebalang tart nenas. Saya bertanya ke pada abang,

"Mak ke yang beli tart nenas ni?"

Abang saya menjawab, "Taklah, Tadi cu ada datang. Dia bawakan beras,susu, kuih raya dan apa lagi ntah barang dapur".

Alhamdulillah. Cu tu adik bongsu Mak saya yang tinggal di Kemaman. Dari jauh dia datang ziarah kakak nya yang sulong dan membawa buah tangan lagi untuk kami di Pahang ni.

Aku tiba-tiba terfikir. Adik beradik aku semua nya dalam Negeri yang sama. Aku ada buat macam tu kat diorang ke??

Allahhu. Esok hari Jumaat, lagi lah afdal jika nak memberi. Tambah pulak bulan puasa. Tambah pulak semalam gaji!
(Banyak pula tambah :) )

Rasulullah SAW ada bersabda bahawa sebaik-baik sedekah adalah pada ahli keluarga. Kita sebok nak bersedekah sana-sini, bantu fakir miskin di Negeri seberang laut sana. Tapi adakah kebaikan ahli keluarga kita, kita jaga?

Dahulukan yang mana perlu dahulu. Sama juga andai nak membuat perubahan. Ubah diri kita dahulu. Kmudian keluarga, baru lah selepas itu kita boleh sebok nak mengubah dunia pula.

Semoga Allah sentiasa berikan kita kekuatan dan rezeki yang lusa untuk menyenangkan dan membantu yang lain.

Hebat. Aku sekarang cikgu. Tapi hari ini, kuih tart jadi cikgu aku.

My Odyssey
Nota kaki : Saya minat batang buruk-


Thursday, 16 June 2016

Jeruk Maman

Bapak aku peminat jeruk maman. Pagi Tadi dia ajak Mak pergi meronda kat bandar Pekan kot-kot ada pasar tani yang jual pucuk maman.

Sebaik sahaja balik meronda, Mak membebel.

"Manalah ada orang buka pasar tani awal pagi bulan-bulan puasa ni. Dah puas mencari. Ke pasar pun tak ada. Orang asli yang meniaga kat pasar tani cakap, petang nanti lah jika ada pun. Di bazar Ramadhan".

"Abah teringin sangat ke?" Aku bertanya.

"Entah. Mengidam agaknya. Pepagi dh ajak naik motor pergi cari pucuk maman. Nak buat jeruk katanya". Jawab Mak.

Tak apalah,petang nanti orang tengok kot-kot ada kat bazar". Aku beri pendapat.

Mak diam.

Jadi,petang tu aku meronda dengan anak buah ke bandar Pekan. Kebetulan anak buah pun nak cari saloon. Nak gunting rambut. Serabut rambut dah panjang katanya.

Aku alhamdulillah aja. Ada driver yang tolong bawak kereta..

Alhamdulillah, dekat sejam tunggu dia gunting rambut (aku pun tumpang sekaki. Nak jugak stylo,huhu),maka tibalah giliran kami pula meronda mencari pucuk maman. Alhamdulillah, adalah satu gerai sayur-sayuran yang jual. Pucuk ada, jeruk yang dah siap pun ada.

Aku beli jeruk maman yang dah siap 4 bungkus,pucuk 2 ikat. Hambek, biar hilang mengidam abah.

Tiba masa berbuka,naik selera! Aku pun sebenarnya minat jeruk maman ni. Makan dengan nasi panas,lauk ikan goreng. Perhh!! Memang menjadi.

Sayulah pulak bila makan. Teringat dekat arwah nenek. Arwah pun minat jeruk maman ni. Tak makan dengan nasi,hirup pun jadi.

Al-fatihah buat arwah nenek aku Zaharah Binti Husin. Semoga Allah cucuri rahmat dan tempatkan arwah bersama orang-orang yang beriman.

Aamiin.

Tuesday, 14 June 2016

Mohon Pendapat

Mohon pendapat bagi yang arif. Cerita cenggini:-
Org pakai kereta guna nama saya. Bank call saya cakap dah 7 bulan orang tu tak bayar kereta. Jika saya tak jelaskan nama saya yang buruk. Saya yang kena naik mahkamah. Bukan orang yang pakai tu.
Saya ke bank suruh tarik je kereta tu. Dah tarik nanti saya tuntut sebab memang saya nak guna. Saya minta secara elok dengan yang pakai sekarang,dia tak nak bagi saya...
Orang Ambank cakap, "Puan, kereta tu sekarang kat mana?"
Saya jawab,"Kuala Krai Kelantan"
Dia jawab, "Puan boleh isi borang ni,tapi saya tak jamin kereta boleh dapat. Penarik kereta dengar Kota Bharu pun dah takut. Orang gedebe. Lebih-lebih lagi kalau yang pakai tu kenal penarik kereta. Puan gi jumpa peguam lah,tuntut kat mahkamah".
Saya balik dengan hampa. Gi balai polis minta pendapat, polis jawab:
"Puan pergi dulu Kelantan ambil kereta Puan, kalau Puan dipukul,baru Puan report polis"
-hampeh-
Nota kaki: Jika ada sesiapa boleh berikan pendapat untuk saya dapatkan kereta tu semula, Alhamdulillah. Tak tau dah nak rujuk siapa. Dia kena saman pun,lesen saya yang tak boleh hidup. Nak guna peguam fulus x beranak ramai lagi.. 

Thursday, 9 June 2016

Kenapa Hati Tak Tenteram

Kenapa hati saya tak tenteram?
============================💔💔💔
15 tips untuk hati tenang...

Beberapa hari lepas ada seseorang bertanyakan saya soalan ‘ni.  Terdiam saya sekejap.  Memikirkan cara terbaik untuk jawab.

Katanya, dia sangat menjaga solat, solat sunat pun dia selalu buat.  Tapi hatinya masih tak tenteram.  Selalu marah dan selalu geram tengok orang lain mudah dapat rezeki, tapi diri dia susah rezeki nak masuk.

Terima kasih dan tahniah kepada yang bertanya kerana anda berani cari jalan. Dan tak cari jalan yang salah untuk dapatkan ketenteraman hati. Ramai orang dekati perkara-perkara buruk hanya sebab nak dapatkan ketenangan hati.

Siapa lah saya nak judge dia!  Batang hidung dia pun saya tak pernah nampak.  Tapi soalan dia mengingatkan saya kepada diri saya sendiri di masa lalu.  Saya dulu seorang yang very ‘keakuan’, saya je betul, selalu tak puas hati.  Tenteram tu pun saya tak faham apa rasanya!

Sehingga Allah tarik satu per satu nikmat hidup, then baru saya sedikit demi sedikit faham.  Kenapa saya tak aman tenteram. Saya tak nak dia dan orang lain jadi macam tu.  So saya nak share sikit kat sini

15 Tips untuk mendapatkan ketenteraman hati, InsyaAllah.

1 – Mulakan dengan memaafkan diri sendiri.  Maafkan semua kelemahan diri, kesilapan diri.  Berazam nak ubah diri sendiri menjadi Hamba yang mencari kasih Allah.

2 – Minta maaf dengan semua orang yang pernah kita buat salah.  Terutama yang rapat dengan kita.  Mak ayah kita terutamanya.  Tanya mereka “ada tak lagi dosa-dosa kita yang mereka tak ampunkan atau masih berkecil hati dengan kita.”  Tanya. Jangan malu!

3 – Maafkan orang lain.  Tak kiralah apa kejahatan atau penganiayaan yang mereka pernah buat kat kita.  Maafkan je.  Biar Allah uruskan mereka.  Kita maafkan mereka bukan sebab kita buang ego tapi sebab Allah suruh.  Ego kita tu tiada harga. Jaga silaturrahim dengan ramai orang.

4 – Jaga solat taubat.  Hari-hari solat taubat.  Dosa yang banyak menyebabkan hati makin hitam.  Taubat, InsyaAllah boleh jadi “liquid paper” dan padam sikit-sikit kehitaman di hati. Dah taubat jgn dok ulang lagi dosa tu. Perbaiki diri...walaupun sekecil tutup aurat. Jgn pandang rendah pada dosa yang kita ulang buat setiap hari.

5 – Zikir banyak-banyak.  Praktikkan 1000 kali sehari.  Dengan mengingati Allah hati akan tenang tenteram. Zikir itu mengingatkan kita kepada Allah.

6 – Mak saya pesan “Jaga Qalbu.”  Qalbu tu, jiwa atau hati atau perasaan kita.  Jangan asyik nak dengki-dengki kat orang lain.  Didik hati untuk merendah diri.  Jauhan dari perasaan negatif. Jauhkan diri dari orang-orang yang negatif. Bila rasa nak dengki kat orang, istighfar banyak-banyak.

7 – Doa adalah senjata kita.  Doa yang betul.  Minta Allah kayakan kita dengan perkara-perkara yang menjadikan kita lebih dekat dengan Allah dan RasulNya.  Doa minta sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dan faham akan hidayah yang diberi.

8 – Kurangkan hiburan yang melalaikan. Tangan dan mata jangan asyik memandang handphone.  Balik ke rumah jangan diburu remote control TV dahulu.  Itu tak penting sangat dalam kehidupan.  Contoh : Dalam kereta tengah drive, asyik nyanyi lagu..tetiba orang potong tak bagi signal, kita pun sama hamun dengan orang tu.  Mulalah nak tekan minyak nak kejar dia.  (Macam mana saya tau..sebab saya pun dulu amcam tu..sekarang dah sikiittt kurang, tengah usaha lagi)

9 – Jaga sumber makanan. Jangan asyik makan benda-benda yang dah difatwakan haram. Mendekati apa-apa yang makruh dan haram itu akan menggelapkan hati.

10- Jaga tutur kata.  Jangan asyik nak hentam orang je.  Atau jangan asyik nak tulis status bersedih, maki hamun, semua orang tak betul aje kat FB.  Itu semua menunjukkan betapa tak tenteramnya hati kita.

11 – Baca Al-Quran setiap hari.  Seelok-elonya awal pagi.  Allah dah bagi nikmat mata dan mulut, gunakanlah sebaiknya.  Baca yang elok-elok.

12 – Jaga dan dahulukan Solat dalam semua perkara.  Kalau nak keluar, plan dulu nak solat pukul berapa dan di mana.  Bila kita niat macam ni, insya Allah akan dimudahkan segala urusan. Cuba untuk khusyuk sebaiknya. Fahami maksudnya.

13 – Bantu orang lain.  Kadang-kadang kita tak tenteram sebab kita rasa kita cukup bagus.  Tanpa kita sedar ada lagi orang yang lebih bagus.  Cara nak rendahkan hati ialah dengan bantu orang lain.  Setiap orang yang kita jumpa setiap hari ada masalah mereka sendiri, jadikan berjumpa dengan kita satu pengalaman yang menggembirakan untuk mereka. Banyakkan sedekah dapat tundukkan hati yang huru hara.

14 – Jaga ibadah harian.  Setiap hari cuba ‘upgrade’ ibadah.  Contoh, kalau semalam solat Zohor pukul 3pm hari ni cuba solat sebaik saja lepas azan.

15 – Senyum – Buang segala perasaan negatif dan cuba senyum.  Pernah tak pergi kedai dan tengok cashier tak senyum, rasa macam nak sound je kan?  Jadi macam tu jugak bila orang tengok kita bila muka macam siput sedut!

Ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita ubah diri kita.  Saya banyak belajar menjadi lebih baik di bulan Ramadhan.  Dulu, banyak perkara-perkara buruk datang tanpa di sangka-sangka.

Tapi sekarang, Alhamdulillah.  Setakat mesin basuh rosak tu boleh lah diuruskan lagi!

Bersama cuba perbaiki diri di Ramadhan kali ini.
#kenaparezekitakmurah ~ kita tak buat 15 perkara kat atas, InsyaAllah.

Hasbunallah wa nikmal wakeel

Ku telusuri hari-hari
Sisa- sisa umur yang masih berbaki
Aku kejarlah setiap yang ku hajati
Aku usaha sampai menjadi
Namun, aku jua selit dalam hati-
Hasbunallah wa nikmal wakeel

Mereka kata aku kuat
Mencari rezeki memerah ker ingat
Mempamer senyum pada setiap Membangkit yang lemah dengan kata semangat

Aduhh! Sememang aku kuat
Kerna ku sudah penat dibentak diikat
Kerna ku sudah lali dimaki diumpat

Memang aku perlu bangun
Kerna ada jiwa yang perlu ku tuntun
Ada jasad yang perlu ku santun

Semoga hari yang ku telusuri diberkati
Semoga sisa baki hidupku akan disenangi
Semoga segala hajatku bakal dipenuhi
Semoga segala usaha aku akan menjadi

Aamiin
Hasbunallah wa nikmal wakeel 

Dia

Setiap Kali bersendiri,
Dapat aku rasakan,
Engkau ada di satu sudut,
Hampir kepadaku..mendengar jela nafasku,

Setiap kali aku dihambat kedukaan,
Aku dapat merasakan,
Seolah jari jemarimu memegàng berat jemariku,
Menyalurkan kekuatan,
Meneguhkan kepercayaan bahawa aku tidak bersendiri...

Saat aku menangis dipembaringan,
Ku tahu kau ada dibucu katil,
Mendengar setiap esakanku,
Turut bersedih bersama-samaku,

Aku tahu..saat ku gembira kau juga gembira,
Namun ada ketika kau akan bersedih atas kegembiraanku,
Saat aku gembira dia pangkuan dia..
Namun aku tiada untuk turut merasa dukamu..
Aku tiada untuk turut menguatkanmu.

Kerna..dunia kau aku berbeda..

Monday, 6 June 2016

Selamat Berpuasa Semua

Syukur Alhamdulillah. Masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk melayari Bulan Ramadhan pada tahun ini. Semoga kita semua juga diberi kekuatan untuk terus berpuasa dan menjaga adab dan pahala puasa kita.

Jangan jadikan puasa kita pesta untuk makan-makan aja..tapi jadikanlah juga sebagai pesta ibadah..Saya juga doakan diri saya dapat menambah banyak amalan kebaikan..InsyaAllah..

Jika bisnes kucar kacir, sales tak konsisten...

Dengarlah nasihat saya ini. Jika bisnes kucar kacir, sales tak konsisten, JANGAN sibuk minta tolong sana sini.
‪#‎Pertama‬:
Baiki dahulu diri sendiri dengan Allah swt. Merayu menangis minta tolong dengan Allah dahulu. Buatlah apa yang terdaya. Puasa nazar ke. Istigfar beribu kali ke. Selawat beratus kali ke. Solat taubat solat hajat sedekah zakat. Ngaji ke baca doa. Buatlah mana yang termampu. Biar mata bengkak lutut lebam. Biar tersengguk ngantuk masa pegang tasbih tu.
Ingat. Pergantungan UTAMA kita hanya pada Allah swt semata-mata.
‪#‎Kedua‬
USAHA ikhtiar cari jalan penyelesaian. Minta nasihat. Upgrade ilmu. Tambahkan usaha.
Ingat. Tiada manusia hebat di dunia ini. Yang hebat hanyalah ALLAH. Usah bergantung harap pada manusia, network, guru bisnes, team bisnes, kerana mereka semua manusia biasa. Dan manusia kerap mengecewakan manusia.
.
Sebelum ini saya pernah kongsikan cerita.
Bulan Nov-Dis 2015, saya putuskan semua hubungan dengan network saya. Saya putuskan bergantung harap kepada manusia.
Sebelum ni hati selalu berkata, "Aku kena berbaik dengan dia ni orang itu, sebab mereka akan bawa peluang bisnes." SILAP !
2 bulan saya hentikan bisnes.
1. Saya baiki amalan saya. Saya berbaik denagn Allah swt.
2. Saya baiki semula kesilapan utama saya iaitu kebergantungan kepada manusia lain especially network dalam bisnes. Now, dalam hati dan kepala ini hanya INGAT ALLAH ALLAH ALLAH sahaja yang akan gerakkan sesuatu, bukakan pintu rezeki, mudahkan semua urusan. Allah sahaja yang berkuasa ! Makhluk tiada apa-apa.
Alhamdulillah.
Di akhir Disember 2015, satu persatu peluang bisnes muncul dan Allah permudahkan semuanya. Banyak perkara magik berlaku. Memang magik. Namun Allah amat adil dengan saya. Di kala saya kembali lalai, Dia tarik sedikit. Lalu saya mula beringat dan jaga semula amalan dan hubungan dengan NYA.
‪#‎Ketiga‬
Berkhidmat kepada ibu-bapa dan menggembirakan hati mereka dengan apa yang mereka suka. Jika ibu anda suka cendol, belikan cendol. Ayah suka berkebun, selalu call buat-buat tanya pasal kebun dan hasil tanamannya. Balik kampung, minta ayah pack kan sedikit ubi daun kunyit (walaupun kat pasar rumah anda dah ada banyak).
Bonda Hayati telefon semalam dan pesan belikan tembikai merah sebiji. Maka saya pun pergilah pasar beli tembikai. Masa pergi hantar tembikai, teruslah saya duduk bersimpuh makan masakan bonda (sebab bonda saya suka orang makan masakannya).
All The Best Semua.
Bisnes ini satu ibadah dan satu tarbiyah untuk kita menjadi manusia yang lebih baik. Teruskan berbisnes tawwww. 
.
sumber: FB

DOA AGAR CEPAT MEMILIKI RUMAH

Di riwayatkan dari alhabib Tohir Alkaff, beliau mendapatkan dari Alhabib Thohir bin Muhammad bin Sholeh Alhamid (Tanggul), beliau berkata ini do’a dari Alhabib Sholeh Tanggul.
inilah DOA AGAR CEPAT MEMILIKI RUMAH :
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺭﺏ ﺍﻟﺒﻴﺖ
ﺃﺳﺄﻟﻚ ﺑﺠﺎﻩ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﺒﻴﺖ
ﺃﻥ ﺗﻴﺴﺮ ﻟﻲ ﺧﻴﺮ ﺑﻴﺖ
ﺣﺘﻰ ﻻ ﻧﻘﻮﻝ ﻳﺎ ﻟﻴﺖ
Allahhumma robbal bait
As aluka bijahi ahlil bait
An tuyassiro li khoiro bait
Hatta la naqul ya lait.
== artinya
Ya allah engkau pemilik baitullah
Aku memohon dengan wasilah ahlil bait rosulallah
Agar engkau mudahkan untukku sebaik2nya rumah.
Sehigga aku tidak mengucap seandainya aku punya rumah,
InsyaAllah tidak sampai setahun kita sudah diberi rezeki rumah.
Jangan Lupa biasakan memberi sedekah untuk anak yatim minimal memberinya sekedar jajan dan usap kepalanya dengan penuh kasih sayang .
TIPS MENDATANGKAN RIZQI
Para ulama ‘arif billah telah menyebutkan tips-tipsamalan yang dapat mendatangkan, menarik atau menghadirkan rizqi, yaitu:
1. Shalat dengan penuh khidmat dan khusyu’.
2. Membaca surat al-Waqi’ah di malam hari.
3. Membaca surat Yasin dan Tabarak di waktu pagi.
4. Mendatangi masjid sebelum dikumandangkan adzan.
5. Selalu dalam keadaan suci (jika ia batal langsung memperbarui wudhunya).
6. Melaksanakan shalat sunnah Fajar dan Witir di rumah.
7. Memakmurkan masjid ba’da shalat Shubuh hingga keluarnya matahari dengani’tikaf di dalamnya dan memperbanyak bacaan: “Yaa Kaafiy yaa Mughniy yaa Fattahyaa Razzaaq.”
Sedangkan dari Imam Syafi’i Ra. mengatakan bahwa: 4 hal yang dapat menarik rizqi:
1) Qiyamullail
2) Memperbanyak istighfar di waktu sahur
3) Senang bersedekah
4) Membaca dzikiran di awal siang hari dan di akhirnya.”
dan Ada empat sebab yang bisa mempersulit datangnya rezeki:
1. Tidur dipagi hari
2. Sedikit sholat
3. Malas
4. Khianat
Semoga bermanfaat, jangan lupa bagikan kepada saudara yang lain...

credit to: http://bit.ly/1TMjSAb

Friday, 3 June 2016

Nak bercerai atau teruskan perkahwinan yang TAK BAHAGIA ini??

Adakah penceraian lebih baik daripada perkahwinan yang tidak bahagia?


Bagi saya YA, dan ini sebabnya:
  1. Hidup ini terlalu berharga, hadiah yang akan dibazirkan jika kita laluinya dengan membuatkan diri kita dan pasangan kita tidak bahagia.
  2. Kalau saya diberi pilihan di antara CONFIRM rasa tidak puas hati (dalam perkahwinan yang tak bahagia), dan ADA KEMUNGKINAN hidup bahagia,tenang dan aman (sama ada hidup single atau dengan pasangan baru), peluang untuk kita gantikan apa yang dah JELAS tak berfungsi,  dengan sesuatu yang berpotensi lebih baik, saya akan ambil pilihan yang kedua.(dan sebenarnya saya telah mengambilnya..dan setahun lebih dah berlalu.. MEMANG BETUL SAYA LEBIH TENANG,BAHAGIA DAN AMAN. Alhamdulillah.
  3. Kalau kekal dalam perkahwinan yang terang-terang kita sentiasa tidak berpuas hati, kita sebenarnya sedang memberi isyarat kepada anak-anak kita ataupun orang disekeliling kita bahawa perkahwinan adalah sesuatu yang boleh bertahan walau hidup tak bahagia (ini sangat tak baik) dan bukannya dinikmati.
  4. Kita tak akan belajar dari kesilapan seandainya kita terus berada didalam 'kesilapan' itu. ada baiknya kita 'keluar' dan buat perkara yang sama dengan cara berbeza. pasti result akan lebih berbeza dan lebih baik.
Penceraian, seperti perkahwinan, tak boleh diambil ringan lebih-lebih lagi ia melibatkan kehidupan anak-anak kita. tapi perlu diingat, apabila sebuah perkahwinan itu sudah mencapai tahap dimana kita bertanya, "Adakah kehidupan yang lebih baik daripada ini?" , maka saya rasa kita perlu 'berhenti'. Enough is enough..

Pernah fikir kenapa doktor potong kaki, tangan atau buang payudara pesakit kanser atau kencing manis?? bukankah untuk mencegah penyakit itu merebak agar pesakit boleh terus hidup????