Dapat aku rasakan,
Engkau ada di satu sudut,
Hampir kepadaku..mendengar jela nafasku,
Aku dapat merasakan,
Seolah jari jemarimu memegàng berat jemariku,
Menyalurkan kekuatan,
Meneguhkan kepercayaan bahawa aku tidak bersendiri...
Ku tahu kau ada dibucu katil,
Mendengar setiap esakanku,
Turut bersedih bersama-samaku,
Namun ada ketika kau akan bersedih atas kegembiraanku,
Saat aku gembira dia pangkuan dia..
Namun aku tiada untuk turut merasa dukamu..
Aku tiada untuk turut menguatkanmu.
No comments:
Post a Comment