Bapak aku peminat jeruk maman. Pagi Tadi dia ajak Mak pergi meronda kat bandar Pekan kot-kot ada pasar tani yang jual pucuk maman.
Sebaik sahaja balik meronda, Mak membebel.
"Manalah ada orang buka pasar tani awal pagi bulan-bulan puasa ni. Dah puas mencari. Ke pasar pun tak ada. Orang asli yang meniaga kat pasar tani cakap, petang nanti lah jika ada pun. Di bazar Ramadhan".
"Abah teringin sangat ke?" Aku bertanya.
"Entah. Mengidam agaknya. Pepagi dh ajak naik motor pergi cari pucuk maman. Nak buat jeruk katanya". Jawab Mak.
Tak apalah,petang nanti orang tengok kot-kot ada kat bazar". Aku beri pendapat.
Mak diam.
Jadi,petang tu aku meronda dengan anak buah ke bandar Pekan. Kebetulan anak buah pun nak cari saloon. Nak gunting rambut. Serabut rambut dah panjang katanya.
Aku alhamdulillah aja. Ada driver yang tolong bawak kereta..
Alhamdulillah, dekat sejam tunggu dia gunting rambut (aku pun tumpang sekaki. Nak jugak stylo,huhu),maka tibalah giliran kami pula meronda mencari pucuk maman. Alhamdulillah, adalah satu gerai sayur-sayuran yang jual. Pucuk ada, jeruk yang dah siap pun ada.
Aku beli jeruk maman yang dah siap 4 bungkus,pucuk 2 ikat. Hambek, biar hilang mengidam abah.
Tiba masa berbuka,naik selera! Aku pun sebenarnya minat jeruk maman ni. Makan dengan nasi panas,lauk ikan goreng. Perhh!! Memang menjadi.
Sayulah pulak bila makan. Teringat dekat arwah nenek. Arwah pun minat jeruk maman ni. Tak makan dengan nasi,hirup pun jadi.
Al-fatihah buat arwah nenek aku Zaharah Binti Husin. Semoga Allah cucuri rahmat dan tempatkan arwah bersama orang-orang yang beriman.
Aamiin.
No comments:
Post a Comment