Thursday, 9 June 2016

Kenapa Hati Tak Tenteram

Kenapa hati saya tak tenteram?
============================💔💔💔
15 tips untuk hati tenang...

Beberapa hari lepas ada seseorang bertanyakan saya soalan ‘ni.  Terdiam saya sekejap.  Memikirkan cara terbaik untuk jawab.

Katanya, dia sangat menjaga solat, solat sunat pun dia selalu buat.  Tapi hatinya masih tak tenteram.  Selalu marah dan selalu geram tengok orang lain mudah dapat rezeki, tapi diri dia susah rezeki nak masuk.

Terima kasih dan tahniah kepada yang bertanya kerana anda berani cari jalan. Dan tak cari jalan yang salah untuk dapatkan ketenteraman hati. Ramai orang dekati perkara-perkara buruk hanya sebab nak dapatkan ketenangan hati.

Siapa lah saya nak judge dia!  Batang hidung dia pun saya tak pernah nampak.  Tapi soalan dia mengingatkan saya kepada diri saya sendiri di masa lalu.  Saya dulu seorang yang very ‘keakuan’, saya je betul, selalu tak puas hati.  Tenteram tu pun saya tak faham apa rasanya!

Sehingga Allah tarik satu per satu nikmat hidup, then baru saya sedikit demi sedikit faham.  Kenapa saya tak aman tenteram. Saya tak nak dia dan orang lain jadi macam tu.  So saya nak share sikit kat sini

15 Tips untuk mendapatkan ketenteraman hati, InsyaAllah.

1 – Mulakan dengan memaafkan diri sendiri.  Maafkan semua kelemahan diri, kesilapan diri.  Berazam nak ubah diri sendiri menjadi Hamba yang mencari kasih Allah.

2 – Minta maaf dengan semua orang yang pernah kita buat salah.  Terutama yang rapat dengan kita.  Mak ayah kita terutamanya.  Tanya mereka “ada tak lagi dosa-dosa kita yang mereka tak ampunkan atau masih berkecil hati dengan kita.”  Tanya. Jangan malu!

3 – Maafkan orang lain.  Tak kiralah apa kejahatan atau penganiayaan yang mereka pernah buat kat kita.  Maafkan je.  Biar Allah uruskan mereka.  Kita maafkan mereka bukan sebab kita buang ego tapi sebab Allah suruh.  Ego kita tu tiada harga. Jaga silaturrahim dengan ramai orang.

4 – Jaga solat taubat.  Hari-hari solat taubat.  Dosa yang banyak menyebabkan hati makin hitam.  Taubat, InsyaAllah boleh jadi “liquid paper” dan padam sikit-sikit kehitaman di hati. Dah taubat jgn dok ulang lagi dosa tu. Perbaiki diri...walaupun sekecil tutup aurat. Jgn pandang rendah pada dosa yang kita ulang buat setiap hari.

5 – Zikir banyak-banyak.  Praktikkan 1000 kali sehari.  Dengan mengingati Allah hati akan tenang tenteram. Zikir itu mengingatkan kita kepada Allah.

6 – Mak saya pesan “Jaga Qalbu.”  Qalbu tu, jiwa atau hati atau perasaan kita.  Jangan asyik nak dengki-dengki kat orang lain.  Didik hati untuk merendah diri.  Jauhan dari perasaan negatif. Jauhkan diri dari orang-orang yang negatif. Bila rasa nak dengki kat orang, istighfar banyak-banyak.

7 – Doa adalah senjata kita.  Doa yang betul.  Minta Allah kayakan kita dengan perkara-perkara yang menjadikan kita lebih dekat dengan Allah dan RasulNya.  Doa minta sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dan faham akan hidayah yang diberi.

8 – Kurangkan hiburan yang melalaikan. Tangan dan mata jangan asyik memandang handphone.  Balik ke rumah jangan diburu remote control TV dahulu.  Itu tak penting sangat dalam kehidupan.  Contoh : Dalam kereta tengah drive, asyik nyanyi lagu..tetiba orang potong tak bagi signal, kita pun sama hamun dengan orang tu.  Mulalah nak tekan minyak nak kejar dia.  (Macam mana saya tau..sebab saya pun dulu amcam tu..sekarang dah sikiittt kurang, tengah usaha lagi)

9 – Jaga sumber makanan. Jangan asyik makan benda-benda yang dah difatwakan haram. Mendekati apa-apa yang makruh dan haram itu akan menggelapkan hati.

10- Jaga tutur kata.  Jangan asyik nak hentam orang je.  Atau jangan asyik nak tulis status bersedih, maki hamun, semua orang tak betul aje kat FB.  Itu semua menunjukkan betapa tak tenteramnya hati kita.

11 – Baca Al-Quran setiap hari.  Seelok-elonya awal pagi.  Allah dah bagi nikmat mata dan mulut, gunakanlah sebaiknya.  Baca yang elok-elok.

12 – Jaga dan dahulukan Solat dalam semua perkara.  Kalau nak keluar, plan dulu nak solat pukul berapa dan di mana.  Bila kita niat macam ni, insya Allah akan dimudahkan segala urusan. Cuba untuk khusyuk sebaiknya. Fahami maksudnya.

13 – Bantu orang lain.  Kadang-kadang kita tak tenteram sebab kita rasa kita cukup bagus.  Tanpa kita sedar ada lagi orang yang lebih bagus.  Cara nak rendahkan hati ialah dengan bantu orang lain.  Setiap orang yang kita jumpa setiap hari ada masalah mereka sendiri, jadikan berjumpa dengan kita satu pengalaman yang menggembirakan untuk mereka. Banyakkan sedekah dapat tundukkan hati yang huru hara.

14 – Jaga ibadah harian.  Setiap hari cuba ‘upgrade’ ibadah.  Contoh, kalau semalam solat Zohor pukul 3pm hari ni cuba solat sebaik saja lepas azan.

15 – Senyum – Buang segala perasaan negatif dan cuba senyum.  Pernah tak pergi kedai dan tengok cashier tak senyum, rasa macam nak sound je kan?  Jadi macam tu jugak bila orang tengok kita bila muka macam siput sedut!

Ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita ubah diri kita.  Saya banyak belajar menjadi lebih baik di bulan Ramadhan.  Dulu, banyak perkara-perkara buruk datang tanpa di sangka-sangka.

Tapi sekarang, Alhamdulillah.  Setakat mesin basuh rosak tu boleh lah diuruskan lagi!

Bersama cuba perbaiki diri di Ramadhan kali ini.
#kenaparezekitakmurah ~ kita tak buat 15 perkara kat atas, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment