Adakah penceraian lebih baik daripada perkahwinan yang tidak bahagia?
Bagi saya YA, dan ini sebabnya:
- Hidup ini terlalu berharga, hadiah yang akan dibazirkan jika kita laluinya dengan membuatkan diri kita dan pasangan kita tidak bahagia.
- Kalau saya diberi pilihan di antara CONFIRM rasa tidak puas hati (dalam perkahwinan yang tak bahagia), dan ADA KEMUNGKINAN hidup bahagia,tenang dan aman (sama ada hidup single atau dengan pasangan baru), peluang untuk kita gantikan apa yang dah JELAS tak berfungsi, dengan sesuatu yang berpotensi lebih baik, saya akan ambil pilihan yang kedua.(dan sebenarnya saya telah mengambilnya..dan setahun lebih dah berlalu.. MEMANG BETUL SAYA LEBIH TENANG,BAHAGIA DAN AMAN. Alhamdulillah.
- Kalau kekal dalam perkahwinan yang terang-terang kita sentiasa tidak berpuas hati, kita sebenarnya sedang memberi isyarat kepada anak-anak kita ataupun orang disekeliling kita bahawa perkahwinan adalah sesuatu yang boleh bertahan walau hidup tak bahagia (ini sangat tak baik) dan bukannya dinikmati.
- Kita tak akan belajar dari kesilapan seandainya kita terus berada didalam 'kesilapan' itu. ada baiknya kita 'keluar' dan buat perkara yang sama dengan cara berbeza. pasti result akan lebih berbeza dan lebih baik.
No comments:
Post a Comment