Bila tiba dekat nak raya suami isteri mesti alami situasi macam ni kan?
Nak beraya di kampung isteri atau suami. Silap-silap boleh bawa gaduh. Bagi saya ada baiknya diwujudkan SISTEM GILIRAN baru lah adil.
Jika tahun lepas sudah di kampung suami,apa kata, tahun ini di kampung isteri pula.
Wahai suami: Tolong lah alert dan simpati sedikit ke pada isteri. Walaupun awak ad kuasa veto untuk menentukan bahawa setiap tahun boleh balik kampung awak, boleh jumpa Mak awak, tapi awak perlu sedar, keadaan isteri yang TERPAKSA-RELA mengikut awak akan buat dia 'makan dalam'.
Mungkin awak tengok dia macam tak kesah, tapi jauh dalam sudut hati dia rindu Mak ayah dia. Dia rindu akan suasana beraya dengan adik-beradik dia. Dia rindu nak tengok anak-anak buah dia. Kadang-kadang disebabkan nak menjaga hati suami, perempuan hanya menurut. Tetapi hati dia sebenarnya sedih dan sakit. Suami kena ambil tahu.
Semasa di rumah mertua, suami janganlah lepas tangan tak menghiraukan isteri. Dahla dia di kampung yang asing bagi dia. Tiada kawan, awaklah kawan dia. Tapi awak pula tinggalkan dia di rumah Mak awak, awak merayau dengan kawan-kawan tanpa ajak isteri. Makin bertambahlah rindu pada Mak ayah dan keluarganya di kampung kalau awak tinggal dia terkontang-kanting di rumah mertua tetapi awak keluar berhuha dengan kawan-kawan.
Ada sesetengah lelaki fikir, "Alah, Mak aku ada. Adik beradik aku ada, pergilah bersembang. Pergilah layan diorang".
Walaupun awak nak isteri anggap Mak dan adik beradik awak umpama Mak dan adik beradik sendiri, awak kena tengok pula, adakah Mak dan adik beradik awak layan dan anggap isteri awak sebagai anak dan adik beradik sendiri?
Isteri awak berkorban untuk beraya dengan keluarga awak. Dia tinggalkan keluarganya demi jaga hubungan dengan awak. Tetapi, awak perlu lah membalas pengorbanan dia dengan ada bersamannya. Jika nak keluar dengan kawan pun agak-agaklah. Jangan keluar pagi,lewat petang baru balik. Isteri dirumah mertua makan hati.
Sesama menantu atau adik beradik pula janganlah guna masa hari raya sebagai medan untuk tunjuk menunjuk.
"Baju raya aku lagi mahal, lagi gojes"
Kereta aku besar,import pulak tu. Ko pehal pakai kancil?"
Beraya untuk eratkan silaturahim bukan sebaliknya. Hati-hati.
Bagi isteri: Jangan nak queen control sangat untuk halang suami balik bergaul dengan Mak dan adik beradik dia. Macam saya sebut tadi pakai sistem giliran. Redha Mak dia amat penting bagi awak juga. Mak dia redha dia, awak pun akan bahagia juga. Kalau Mak dia tak redha dia,hidup awak pun sekali terpalit Susah juga. Berusahalah layan mertua sebaik mungkin. Jangan sesekali nak bersaing dengan mertua untuk rebut hati suami.
Tak usah risau. Kadang-kadang ada orang akan berkata begini, "aku buat baik pun, diorang bukan hargai. Aku orang luar".
Yang mengharap penghargaan manusia buat apa? Fikir Allah suka sudah!
Jadi, sama-samalah beringat dan bertolak ansur. Anggaplah semua yang kita buat untuk Allah suka. Suami jaga perasaan isteri dan sebaliknya. Isteri Bertoleransi dengan suami dan sebaliknya.
Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan redha Allah.
No comments:
Post a Comment