Friday, 24 June 2016

Semperit Anzalna pulak??

Terkesan dengan tarbiah dari tart nenas semalam, maka hari ni giliran aku pulak order 10 balang semperit anzalna.

Acaner rupa semperit tu? Ala, setengah orang panggil bunga cina. Tapi yang ni kalernya meriah anak mami. Ala-ala rainbow giteww.

Lama jugak aku dok menunggu akak semperit ni datang. Dahla sibuk dengan jem orang balik kerja dan nak berkejor solat Jumaat. Tapi alhamdulillah, setelah lama menunggu maka aku dapatla 10 balang yang aku nak, plus extra lagi 2 balang.

Aku rasa semperit ni baru siap semalam. Pasal apa, tangan akak tu pun masih lagi lekat perwarna merah kat jari jemari dia. Semoga bertambah-tambahlah rezeki dia.

Aku berikan setiap seorang 2 balang (sepupu dan kakak, abang aku). Disebabkan diorang duduk setempat aja, senang aku nak agih-agih. Jalan kaki aja. Kereta park kat luar.

Syukur, seronok tengok orang bahagia. Walaupun aku tak berapa nak bahagia sekarang, Al maklumkan anak aku dipinjam papanya dari cuti sekolah hari tu. Janji nak hantar buka sekolah, tup-tup dia bagitau lepas raya pulak!! Sebulan la anak aku skip sekolah. Aku nak buat apa?? Redha.

Itulah, tak bermakna kita belum bahagia, kita tak mampu bahagiakan orang lain. Mana tau disebabkan kita membahagiakan orang, Allah bahagiakan kita pulak.

Jangan dilupa, niat sedekah. Selepas beri aku minta doa dekat Allah,

"Ya Allah berkatilah pemberian Ku ini. Kau bahagiakanlah mereka. Tingkatlah keimanan aku kepadamu. Dan asbab aku memberi ini,kau tambahlah lagi kepadaku rezeki yang banyak dan berkat,kau permudahkanlah urusan mahkamah aku, kau kembalikanlah anak aku. Aamiin.

Dengan Allah selalulah minta. Ungkit-ungkit dengan Allah tak apa. Tapi jangan sesekali mengungkit dengan manusia. Nanti pahala hilang, dosa yang datang..

No comments:

Post a Comment