Friday, 24 June 2016

TART NENAS

Semalam saya sampai di rumah lebih kurang pukul 9.30 malam. Agak lewat kerana ada majlis iftar di tempat kerja (Alhamdulillah, makin free. Hihi).

Sebaik sahaja melalui peti sejuk kelihatan ada sebalang tart nenas. Saya bertanya ke pada abang,

"Mak ke yang beli tart nenas ni?"

Abang saya menjawab, "Taklah, Tadi cu ada datang. Dia bawakan beras,susu, kuih raya dan apa lagi ntah barang dapur".

Alhamdulillah. Cu tu adik bongsu Mak saya yang tinggal di Kemaman. Dari jauh dia datang ziarah kakak nya yang sulong dan membawa buah tangan lagi untuk kami di Pahang ni.

Aku tiba-tiba terfikir. Adik beradik aku semua nya dalam Negeri yang sama. Aku ada buat macam tu kat diorang ke??

Allahhu. Esok hari Jumaat, lagi lah afdal jika nak memberi. Tambah pulak bulan puasa. Tambah pulak semalam gaji!
(Banyak pula tambah :) )

Rasulullah SAW ada bersabda bahawa sebaik-baik sedekah adalah pada ahli keluarga. Kita sebok nak bersedekah sana-sini, bantu fakir miskin di Negeri seberang laut sana. Tapi adakah kebaikan ahli keluarga kita, kita jaga?

Dahulukan yang mana perlu dahulu. Sama juga andai nak membuat perubahan. Ubah diri kita dahulu. Kmudian keluarga, baru lah selepas itu kita boleh sebok nak mengubah dunia pula.

Semoga Allah sentiasa berikan kita kekuatan dan rezeki yang lusa untuk menyenangkan dan membantu yang lain.

Hebat. Aku sekarang cikgu. Tapi hari ini, kuih tart jadi cikgu aku.

My Odyssey
Nota kaki : Saya minat batang buruk-


No comments:

Post a Comment