Saturday, 1 October 2016

My love is a GHOST

I keep asking myself
Where is the man i love the most
Dearest to my heart
Completed my life of chaos

I keep asking myself
How bad does his life?
Changing his attitude 360?
He is not him anymore

Oh No! The one i love no longer there
There's no more stars in his eye for me
The smile is bitter, not sweet as before
Held me in his arm but i wonder why not warm?

My love is a ghost!
His dead from the inside
The same body but different soul
Oh No! I miss you but its definitely not you.

Bersediakah kita?

Baru-baru ini aku perlu hadir lagi ke mahkamah bagi meneruskan proses tuntukan fasakh aku. Aku sendiri pun sudah lupa ini kali yang ke berapa dalam tempoh hampir 2 tahun.

Ya, dah 2 tahun. Setiap kali menjejakkan kaki ke mahkamah ( biasanya dalam sebulan ada 2 kali ), aku kena membayar 'duit kemajuan' minima Rm300 kepada lawyer. Walaupun kes aku tidak berapa nak 'maju', tapi duit lawyer terpaksa aku bayar juga.

Suasana hari ini macam biasa. Cerita hari ini ialah, sebaik sahaja hakim masuk ke dewan mahkamah, seramai 4 pasangan dipanggil atas pertuduhan kes tangkap basah (umur habis Spm dan juga belajar di kolej), semua bukan asal sini dan seorang lelaki berumur 30an yang dah berkahwin dan ada anak ditangkap berbogel (berbekalkan tuala sahaja) dalam pusat urut ditemani wanita Thailand.

Kes perbicaraan mereka ini menyebabkan aku terpaksa minta cuti dari majikan kerana perbicaraan aku dilewatkan hingga ke petang,bagi laluan perbicaraan kes mereka dahulu.

Pasangan pertama adalah pelajar kolej(perempuan) dan yang lelaki baru habis SPM. Alasan mereka ditangkap dalam bilik hotel dengan keadaan yang lelaki berseluar jeans tanpa baju,yang perempuan pula bersweater dan bertuala adalah untuk berehat sementara menunggu perlawanan bola.

Pasangan kedua pula adalah dari Johor. Singgah di Kuantan semasa dalam perjalanan untuk balik Johor(dari mana aku dah lupa). Check in dihotel Kuantan berdua atas sebab nak hilangkan penat, kena cekup.

Pasangan ketiga pula ditemui didalam hotel berbaju lengkap tetapi yang perempuan berseluar pendek paras peha. Alasan mereka juga berhenti rehat sebab dalam perjalanan nak ke KL.

Pasangan ke 4,ditangkap dirumah sewa yang lelaki. Ada budak lelaki sedang tidur(anak lelaki duda) dan perempuan bersinglet dan berseluar pendek paras peha. Alasan juga,singgah di rumah lelaki tersebut untuk rehat.

Hakim memberi hukuman Rm1500 setiap seorang. Dan menasihatkan mereka bahawa Kuantan bukan tempat orang luar singgah rehat dan buat maksiat!

Yang dicekup di rumah urut pula beri alasan terpengaruh dengan kawan-kawan.

Kebanyakan pasangan tadi bertunang semasa kena cekup. Bertunang bukan lesen untuk buat maksiat. Risau dengan anak-anak sekarang. Ibu bapa kena peka sebab kebanyakan pelajar yang sambung belajar ke luar negeri tempat ibubapa tinggal adalah bebas. Mereka buat sesuka hati sebab tiada ibubapa mengawasi.

Bersediakah kita lengkapkan ilmu agama dan didik anak-anak kita mengikut cara hidup Islam?

Tepuk dada. Tanya diri.

Owh. Bagi kes aku, tangguh lagi sebab si lelaki tak hadir. Redha.