Monday, 14 November 2016

Syukurilah Setiap Yang Kita Ada

Bismillah.

Cuba renungkan hari ini:-

1. Berapa banyak kita bersyukur atas nikmat Allah yang masih kita ada.
2. Berapa banyak pula kita merungut dan komplen akan semua benda yang berlaku di sekeliling kita.

Cuba tengok, yang mana paling banyak? No 1 atau No 2 ?

Berapa orang yang bersyukur bangun pagi tadi dia masih bernafas, suami dan anak masih ada,sihat dan ceria.

Berapa orang yang bersyukur sebelum pergi kerja tadi kereta masih elok,selamat dan mampu membawa kita ke tempat kerja dengan baik?

Berapa orang yang bersyukur, tadi waktu solat masih boleh merasa manisnya dapat sujud kepada Allah. Sedangkan ada orang yang Allah sudah tarik nikmat kesihatannya sehingga tidak mampu lagi merasa manisnya sujud menyembah Allah, hanya mampu solat dia atas kerusi.

Bersyukurlah atas apa yang kita masih miliki,masih ada. Usah banyak komplen atau merungut benda yang kita tak ada.

Lupa ke janji Allah?
"Makin kamu bersyukur, makin Aku tambah"
(Ibrahim:7)

P/s: musim hujan ni banyak submit doa. Doa mudah makbul (semak lagi waktu² afdhal berdoa). Cakap yang baik², fikir yang baik², insyaAllah yang datang pun semua yang baik².
😍😘

https://telegram.me/we_are_strong

Sunday, 13 November 2016

Amal Ibadah yang banyak tidak berguna jika mulut jahat.

"Mulut je jahat. Yang penting hati baik. So it's okay la..."

Zaman Nabi dulu, ada wanita yang terkenal dengan solat, puasa dan sedekah. Tapi Nabi kata dia ahli Neraka.

Sebab apa?

Apakah solatnya tidak berjaya memasukkan dia dalam Syurga? Puasanya atau sedekahnya; tidak cukupkah menjadi tiket untuk dirinya menjadi ahli Syurga yang mulia?

Paseipa dia kena masuk Neraka..?

Kerana apa? Hanya kerana menyakiti orang lain dengan lidah.

Ya, hanya kerana lidah yang suka mengutuk dan mencaci orang lain jadi asbab masuk Neraka.

[Hadis Ahmad; 9298]

Muhasabah, apakah mulut kita banyak mengumpat atau selawat? Banyak mencarut kasar-kasar atau baca quran dengan lancar? Banyak memaki mencaci atau banyak 'mencuci hati'?

Tak sembang bab mengumpat lagi. Lagi besar ceritanya. Ha...

Moga Allah kurnia kita Syurga!

https://telegram.me/we_are_strong

Sebarkan, #Share jauh-jauh andai anda rasa ianya bermanfaat :)

UJIAN : Apa yang berlaku, itulah yang terbaik.

Saidina Ali ra ada berkata:
"Yang berlaku itulah sebenarnya yang baik".

Jadi kita kena bersangka baik dengan Allah. Apa pun yang berlaku kat kita itulah sebenarnya yang baik. Walaupun kita rasa benda tu menyakitkan kita. Tapi Allah sediakan dah sesuatu yang baik untuk kita. Dia lebih tahu.

Macam Siti Hajar yang kena tinggal dengan Nabi Ibrahim as di padang pasir tanduslah. Nabi Ismail as masih baby.

Siti Hajar bertanya pada Nabi Ibrahim, " Adakah ini dari Allah atau kemahuanmu sendiri?"

Nabi Ibrahim as berkata ,"Ini perintah Allah".

Maka Siti Hajar pun berkata, Jika ini dari Allah,maka tentulah Allah akan menjaga kami. Tinggalkanlah kami. Laksanakanlah perintah Allah.

Tengok, dia redha ditinggalkan dengan baby yang masih kecil dipadang pasir. Kita,suami tinggalkan di kawasan ada mall,ada sedara mara dan kawan²,itupun kita takleh nak redha?

Tanya iman kita. Sangka baiklah pada Allah. Ada kebaikan menunggu kita bersama kesusahan kita.
😊❤️

Sila join telegram channel saya untuk lebih motivasi dan inspirasi:

https://telegram.me/we_are_strong

Mencari Bahagia

Sabda Nabi saw (sila berselawat), dalam mafhumnya, "Kekayaan sebenar bukanlah dengan kerana banyaknya harta benda, tetapi kaya yang sebenar itu adalah kaya jiwa." (HR Imam Bukhari)

Rahsia bahagia, tenang dan kaya jiwa:-

1. Komitmen berterusan melakukan amalan soleh.
Firman Allah dalam surah an-Nahl:97: " Sesiapa yang beramal soleh, baik lelaki atau perempuan, sedangkan dia beriman,maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka , dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan."

Syeikh Abdullah Basmeih menghuraikan ayat ini dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran, telah memperincikan bahawa,

Lelaki atau perempuan yang mengerjakan amal-amal soleh, sedang dia tetap beriman sehingga akhir hayatnya, maka Allah akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik di dunia dengan menikmati kebahagiaan, meskipun hidupnya miskin. Dan di akhirat pula dia akan beroleh sebaik-baik balasan.

Sedang orang kafir atau orang² yang tenggelam dengan maksiat , hidup di dunia dengan keadaan resah gelisah dan tidak tenteram jiwanya, walaupun mereka kaya-raya. Disebabkan kekufuran dan maksiat yang dilakukan, meraka akan beroleh suburuk-buruk balasan di akhirat kelak.

2. Bertawakal kepada Allah
Firman Allah dalam at-Talaq:3 "...Dan ingatlah ,sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).."

Orang yang bertawakal serta berserah diri sepenuhnya kepada Allah akan sentiasa teguh kebergantungan jiwanya kepada Allah. Inilah sumber kekuatan dalaman yang akan menerbitkan rasa bahagia.

Sentiasa bersyukur dan muhasabah diri. Sabda Rasulullah saw (sila selawat), bermaksud, "Lihatlah orang yang berada dibawahmu , dan janganlah melihat kekayaan orang yang di atasmu, perkara itu lebih baik sehingga engkau tidak meremehkan nikmat Allah. (HR Muslim).

Apabila kita sentiasa muhasabah diri dengan merenung jauh pemberian Allah yang tidak terhitung banyaknya , akan menerbitkan rasa syukur dan qana'ah dalam jiwa dan mengundang bahagia.

" Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan menambahkan nikmat-Ku kepada kamu, dan jika kamu kufur serta mengingkarinya, maka sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.
Ibrahim: 7.

3. Rezeki Berkat bawa bahagia
Kebahagiaan juga ada kaitan dengan keberkatan rezeki yang kita perolehi. Pastikan setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah dengan cara yang betul.

Biarlah kita buat lebih, tapi jangan tidak cukup. 😊

Mahukan lebih tips dan motivasi untuk bahagia dan merawat hati?

Join telegram channel ini:-

https://telegram.me/we_are_strong