Sunday, 13 November 2016

Mencari Bahagia

Sabda Nabi saw (sila berselawat), dalam mafhumnya, "Kekayaan sebenar bukanlah dengan kerana banyaknya harta benda, tetapi kaya yang sebenar itu adalah kaya jiwa." (HR Imam Bukhari)

Rahsia bahagia, tenang dan kaya jiwa:-

1. Komitmen berterusan melakukan amalan soleh.
Firman Allah dalam surah an-Nahl:97: " Sesiapa yang beramal soleh, baik lelaki atau perempuan, sedangkan dia beriman,maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka , dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan."

Syeikh Abdullah Basmeih menghuraikan ayat ini dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran, telah memperincikan bahawa,

Lelaki atau perempuan yang mengerjakan amal-amal soleh, sedang dia tetap beriman sehingga akhir hayatnya, maka Allah akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik di dunia dengan menikmati kebahagiaan, meskipun hidupnya miskin. Dan di akhirat pula dia akan beroleh sebaik-baik balasan.

Sedang orang kafir atau orang² yang tenggelam dengan maksiat , hidup di dunia dengan keadaan resah gelisah dan tidak tenteram jiwanya, walaupun mereka kaya-raya. Disebabkan kekufuran dan maksiat yang dilakukan, meraka akan beroleh suburuk-buruk balasan di akhirat kelak.

2. Bertawakal kepada Allah
Firman Allah dalam at-Talaq:3 "...Dan ingatlah ,sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).."

Orang yang bertawakal serta berserah diri sepenuhnya kepada Allah akan sentiasa teguh kebergantungan jiwanya kepada Allah. Inilah sumber kekuatan dalaman yang akan menerbitkan rasa bahagia.

Sentiasa bersyukur dan muhasabah diri. Sabda Rasulullah saw (sila selawat), bermaksud, "Lihatlah orang yang berada dibawahmu , dan janganlah melihat kekayaan orang yang di atasmu, perkara itu lebih baik sehingga engkau tidak meremehkan nikmat Allah. (HR Muslim).

Apabila kita sentiasa muhasabah diri dengan merenung jauh pemberian Allah yang tidak terhitung banyaknya , akan menerbitkan rasa syukur dan qana'ah dalam jiwa dan mengundang bahagia.

" Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan menambahkan nikmat-Ku kepada kamu, dan jika kamu kufur serta mengingkarinya, maka sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.
Ibrahim: 7.

3. Rezeki Berkat bawa bahagia
Kebahagiaan juga ada kaitan dengan keberkatan rezeki yang kita perolehi. Pastikan setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah dengan cara yang betul.

Biarlah kita buat lebih, tapi jangan tidak cukup. 😊

Mahukan lebih tips dan motivasi untuk bahagia dan merawat hati?

Join telegram channel ini:-

https://telegram.me/we_are_strong

No comments:

Post a Comment