Sunday, 26 February 2017

Jamu D'Ratu terbaik!!

Jamu D'Ratu ๐Ÿ˜˜
✔️ Merawat Keputihan dengan amat berkesan
✔️ Buang angin, buang lemak, lawas pembuangan, kempis perut
✔️ Tegangkan kembali otot vagina, mengetatt tutt..hindari 100% kentut Vagina.
✔️ Mengembalikan tenaga, akan jadi sungguh rajin dengan aktiviti harian.
✔️ Menambahkan nafsu XXX..
suami pastiii sgtt sukaa •dh ramai suami y mnta wife repeat jamu D'Ratu ๐Ÿ˜˜

Jarang sangat3 wanita bebas dr masalah begini.. sy sendiri dh lama amalkn jamu ini dan sy sangat3 berpuas hati. Amal setiap hari.. tunggu apa lagi...


SEKARANG SEDANG OPEN ORDER UTK BELI 3 RM100.

SEBOTOL RM35. 01110950546

“ Jangan tinggalkan dua amalan sunnah selepas solat Subuh dan Magrib”

“ Jangan tinggalkan dua amalan sunnah selepas solat Subuh dan Magrib”

❤Pertama : Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan :

ู„َุง ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„َّุง ุงู„ู„َّู‡ُ ูˆَุญْุฏَู‡ُ ู„َุง ุดَุฑِูŠูƒَ ู„َู‡ُ, ู„َู‡ُ ุงู„ْู…ُู„ْูƒُ ูˆَู„َู‡ُ ุงู„ْุญَู…ْุฏُ, ูŠุญูŠูŠ ูˆูŠู…ูŠุช, ูˆَู‡ُูˆَ ุนَู„َู‰ ูƒُู„ِّ ุดَูŠْุกٍ ู‚َุฏِูŠุฑٌ

     “ Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”



❤Kedua : Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata  sehingga selesai bacaan :

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฃَุฌِุฑْู†ูŠ ู…ِู†َ ุงู„ู†َّุงุฑ
“ Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”


Boleh juga membaca :

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฃَุฌِุฑْู†َุง ู…ِู†َ ุงู„ู†َّุงุฑ
“ Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”

๐Ÿ‘‰Apakah fadilat amalan yang pertama?
Hadis daripada Abu Zar berkata, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah’. ” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib:  1/306)


     Imam an-Nasa’I menambah, “ Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”
     Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”


๐Ÿ‘‰Apa pula fadilat amalan yang kedua?
Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda, “ Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata:   “Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)


*Semoga menjadi amalan dalam membolehkan kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T serta ditempatkan di SyurgaNya..insyaAllah :)

Saturday, 25 February 2017

[REVIEW] Mantapkan Payudara dan Punggung dengan serum Fiira Beauty.

Nak PAYUDARA YANG BESAR, MANTAP, MONTOK PADAT CERAH DAN GEBU DENGAN CARA YANG SELAMAT DAN TERBUKTI BERKESAN ?
✔MemperBanyakkan susu badan
✔Mengangkat dan menganjalkan kembali payudara yg mengendur selepas melahirkan dan menyusukan baby
✔Membesarkan payudara dan mencerahkan puting dan sekitar payudara 
✔Anak2 dara, gadis2, ,wanita2 yg belum berkahwin pun boleh guna nk besarkan payudara
✔Berkesan seawal 3 hari dh nmpak perubahan
✔Mengeluarkan puting yg tenggelam dan warna pinky
✔Melancarkan peredaran darah sekitar payudara
✔Pasti anda dan suami terkejut dengan perubahan payudara anda
✔Jagalah aset anda utk suami atau bakal suami tersayang
✔Suami atau bakal suami tak pandang org lain dah tau, bila dh besar aset tu
✔Nak sapu kt punggung pun boleh. 2 dlm 1 kegunaannya
✔Payudara dan punggung yg besar, montok, mantap dan padat menjadi idaman jejaka dan sang suami
✔pasti tak mengecewakan anda
✔Apa salahnya spend duit sikit utk kecantikan diri. . selamat dan berkesan...
WHATSAPP : 01110950546







Suami, Fahamilah Isteri Berkejaya Anda

Sesampainya di rumah, isteri terus ambil wuduk untuk solat Maghrib (tanpa sempat mandi, atau menukar pakaian kerja kerana risau waktu Maghrib luput sebentar lagi). Usai sahaja solat, dia terus ke dapur. Risau jika suami yang juga sama-sama baru pulang dari kerja lapar. Brgitu juga dengan anak-anak yang baru di ambil dari rumah pengasuh.

Si isteri memasak kepenatan di dapur, suami dan anak-anak seronok bergurau senda di hadapan Televisyen. Kadang-kadang ada terdengan suara lantang dari mereka,

"Awak, saya nak makan ayam masak pedas lah".

"Mama, nak jemput-jemput boleh? Saya tak nak makan nasi.."

Si Ibu atau Isteri di dapur memang sedikit terasa di dalam hati, tapi disebabkan rasa sayang, dia turutkan sahaja tanpa memikirkan rasa penat, dan rasa tak dihargai dari suami dan anak-anak.

Selesai masak, makan, barulah ada masa untuk dia mandi dan solat Isyak. Berserabut dengan keadaan rumah yang tunggang-langgang dia usahakan untuk kemas mana yang mampu. Sekali-sekali dia menjeling akan pakaian yang belum dicuci di dalam bakul, dan juga pakaian yang belum berlipat. Entah bila dia mampu selesaikan semua itu?

Sambil-sambil dia mengemas, masih lagi terdengar pemintaan lewat malam,
"Awak, boleh buatkan maggi goreng dengan telur mata?". walau dia dengan mimik 'buat muka', tetap juga dia makbulkan permintaan tersebut.

Sambil dia tunggu siap mesin basuh basuh kotor, dia melipat pakaian yang berbakul-bakul tadi, menahan mata yang mengantuk, dia siapkan juga semua kerja. Ada beberapa kerja pejabat yang tertunggak masih mengganggu kepalanya,
"Ahh..esok sajalah. Mata dah mengantuk"

Sebaik sahaja masuk bilik dengan niat untuk tidur dan hilangkan penat, tiba-tiba suami datang menempel 'minta dilayan'. Tidak mahu membuat suami terasa hati, di'layan' juga permintaan itu walau tanpa kepuasan sepenuhnya bagi dirinya.

Saat yang lain dah tertidur, mata yang penat tadi mengalirkan air mata..mengenang bilakah ada orang yang sudi mendengar, menghargai segala keluhan hati?

Wahai suami, hargailah isteri anda. Dia juga manusia yang tahu erti penat. Yang ingin sekali-sekala ada yang membantu kerja-kerja nya. Ada yang mendengar keluhannya.

untuk isteri juga, bersabarlah. Aduakanlah pada Dia. Andai yang lain pekak untuk mendengar, buta untuk melihat..tapi Dia Maha Mendengar, Maha Melihat. Ikhlaskanlah segala yang telah diberikan supaya kita dapat balasan dan pahala dari Allah.








Keluar dari perangkap 'Rat Race'

Pernah dengar RAT RACE tak korang? Dia macam kita buat sesuatu berulang kali dan benda tu tak pernah berkesudahan. Benda yang sama kita buat berulang-ulang kali! Sama macam tikus berlari dalam rodanya. Makan, bermain, berak dan tidur. Itu aja!

Setiap hari kita bangun pagi, mandi bersiap, rushing ke tempat kerja. Balik rumah, sambung kerja rumah dan kemudia tidur. Kita sambung balik rutin biasa. Semua benda sama kita buat ulang-ulang. Sama macam tikus tadi.


Kadang-kadang kita perlu berhenti sejenak. Muhasabah diri. Apa yang aku buat ni? Patut ke aku buat semua ni? Apa yang aku tertinggal? 

Allah SWT berfirman dalam surat Al-Hadiid, ayat 20 bahwa,
“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah sebuah permainan dan senda gurau, dan perhiasan dan bermegah-megah antara kamu, dan berbangga-bangga tentang harta dan anak-anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani, kemudian ia kering, maka kamu melihatnya kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah dan keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”

Dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Tsauban ra, Rasulullah SAW bersabda,
“Hampir terjadi keadaan yang mana umat-umat lain akan mengerumuni kalian bagai orang-orang yang sedang makan mengerumuni makanannya.” Lalu salah sahabat bertanya, “Apakah karena sedikitnya kami ketika itu?” Rasulullah SAW pun menjawab, “Bahkan pada saat itu kalian banyak jumlahnya, akan tetapi kalian bagaikan ghutsa’ (buih kotor yang terbawa air saat banjir). Dan pasti Allah akan mencabut rasa segan yang ada di dalam dada-dada musuh kalian, kemudian Allah campakkan kepada kalian rasa wahn.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah Wahn itu ?” Beliau berkata, “Cinta dunia dan takut mati.” (HR. Abu Daud)

Akibat Terlalu Memikirkan Dunia
Ketika seseorang terlalu sibuk dalam mengejar kehidupan dunianya sehingga lalai melaksanakan kewajibannya, maka yang akan tertanam empat penyakit di dalam dirinya. Ke empat penyakit itu adalah :
1. Selalu merasa kebingunan yang tidak ada putusnya
2. Selalu merasakan kesibukan yang tanpa ada ujungnya
3. Selalu merasa semua keperluannya tidak pernah terpenuhi
4. Menyadari bahwa semua keinginannya tidak pernah tercapai

Hal ini sesuai dengan yang pernah Rasulullah SAW katakan tentang empat penyakit yang ada dalam diri seseorang yang terlalu mencintainya dunianya. 
Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang bangun di pagi hari dan hanya (harta) dunia yang dipikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak Allah dalalm dirinya maka Allah akan menanamkan empat penyakit dalam dirinya, yaitu : kebingungan yang tidak ada putus-putusnya, kesibukan yang tidak pernah ada ujungnya, kebutuhan yang tidak pernah terpenuhi, dan keinginan yang sulit dicapai.” (HR. Imam Thabrani)

Saya kadang-kadang melalui jua apa yang seperti disenaraikan di atas. Saya rasa sesak dalam dada, rasa banyak keinginan saya tak dipenuhi. Rasa nak menjerit sendirian di dalam kereta kerana selalu lamat ke tempat kerja, terperangkap dalam jam, terperangkap dengan jadual-jadual rutin yang harus dipenuhi. Dan apa yang membawa saya keluar dari perasaan tu?

Rasa syukur pada Allah, dengan apa yang saya dah ada. Rasa kebergantungan sepenuhnya dengan Allah dengan apa yang bakal saya buat untuk penuhi keinginan saya.

Cubalah! Jom muhasabah diri dulu sejenak.

Rat Race


Monday, 20 February 2017

Antara Mahu dan Perlu :Kereta Biasa-biasa VS Kereta Mewah

Sepanjang perjalanan aku membawa viva biruku kadang-kadang terdetik juga dihati teringin nak kereta macam kereta besor kat depan ni. Mesti best bawak kan?

Takdelah orang nak pandang rendah. Maklumlah bawak viva ni, bila aku lewat ke tempat kerja sekali-sekala, aku akan bawak laju. Bergegor stereng kalau meter dah masuk angka 100. Bertambah seksa apabila orang kat depan tak bagi potong. Al maklumlah dia bawak Alphard..mana mungkin dia nak duduk lorong kiri. Tapi kenapa dia slow sangat? Aku nak potong dia tak kasik. Viva tak layak potong Alphard ker???

Pernah aku balik pakai Viva dari Kuantan ke Kelantan. Kakak ipar aku menyindir, 'siput' ni tak nak ganti dengan yang besor ker?? Terasa aku..dipanggilnya viva aku siput..hm...maklumla semua ipar aku pakai kete besor.

Biorlah apa orang nak kata. Ni rezeki Allah bagi kat aku. Mungkin depan hari adalah rezeki aku pakai kete besor. Semoga dapatla sebuah Honda HRV kat aku. Aamiin.

Ada hikmah jugak rasa disindir dan dipandang rendah sekarang. Semoga nanti bila aku dah dapat pakai kete besor takdelah aku merendah-rendahkan orang yang pakai kancil or viva nie. Takdelah aku riak takbur. Ye idok???

Aku kena muhasah jugak, kena nilai kedudukan kewangan. Viva aku sekarang pun boleh bawak aku hantar anak ke sekolah, boleh awak aku ke tempat kerja. Rosak pun jarang-jarang sekali. Minyak jimat. Alhamdulillah.

Dalam nak memenuhi keinginan kita kena qanaah,kena sentiasa bersyukur dengan nikmat dan rezeki Allah bagi sekarang. Jangan nak perlekehkah rezeki Allah dah bagi ada kita. Takpelah orang nak perlekehkan kita. Bermuhajadahlah melawan nafsu.

Rasulullah saw bersabda maksudnya, "Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanakannya dengan aa sederhana dan berhemat serta menabung lebihannya untuk hari susah dan keperluan."
HR Ibn-al Najjar.

Nabi SAW juga bersabda maksudnya, "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah darimu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya amu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.",Riwayat al-Bukhari

Firman Allah swt bermaksud:
"Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari(nikmatku) maka sesungguhnya azabKu amat pedih". Surah Ibrahim 14:7

Thursday, 16 February 2017

Meh, Sandar Pada Aku ?

Aku bukan kuat sangat,
Kadang-kadang perit,
Kadang-kadang penat,
Aku nak sandarkan dahi di dada kau,
Nak nangis sendu di bahu kau,
Tapi kau jahat..selalu hilang tak dapat dilihat.

Semua wajah manis di FB kau like, kau save kau komen tak ingat,
Ada waktu ko selfie macam aku yang melihat ni takde hati..

We are not soulmate, just housemate and sometimes roomate. Maybe also 'co-parent', more than that no..

Aku kini berharap sangat,
Saat aku penat terduduk diam berfikir,
Ada suara kau tiba-tiba berkata:
'Meh, Sandar Pada Aku'..
Hahaha...mungkin itu satu mimpi,
Yang tak mungkin bertukar realiti.

#BluesTakJadi


Monday, 13 February 2017

Tips dapat pasangan seperti yang kita hajatkan.

Kita selalu bayangkan orang yang macam mana kit nak sebagai teman hidup kita. Kita sangka kita dah jumpa dia sewaktu kita setuju nak kahwin dengan dia.

Tapi, sewaktu bercinta, pasangan kita hanya pamerkan apa yang baik saja. Lagi teruk dia berlakon menjadi orang yang kita nak.

Lepas kahwin, sedikit demi sedikit kita dah mula lihat perangai sebenar orang tu. Lakonannya dah hilang. Dia mula menjadi dirinya yang sebenar.

Dan, mulalah kita nampak sikap-sikap pada pasangan yang kita tak suka. Kadang-kadang perkara tersebut membawa kepada pergaduhan.

Macam mana nak ubah mereka? INGAT ya..lelaki paling tak suka perempuan arah-arahkan dia buat sesuatu. Begitu juga apabila kita komplain sikap buruk dia. Itu menjadikan dia rasa tercabar dan ego dia adi makin tinggi.

Jadi, caranya macam mana?
Senaraikan sikap pasangan yang kita tak suka tu. Contoh:

1. Saya benci sikap suami saya yang suka tinggal solat.
2.Saya kecewa apabila suami saya menengking dan menipu saya.

Tulis seberapa banyak dan, Step kedua gantikan apa yang tak suka tadi kepada yang kita suka:

1. Saya seronok apabila suami saya solat pada awal waktu dan cukup 5 waktu sehari.
2.Saya bersyukur, suami saya sentiasa berlemah lembut dengan saya dan sentiasa jujur dengan saya.

Baca list apa yang KITA SUKA tadi lepas isyak dan lepas subuh (lepas bangun tidur dan masa nak tidur).

InsyaAllah nanti korang akan dapat apa yang korang tulis tu.

Boleh buat benda sama tentang kerja,anak,kewangan...

Selamat mencuba.

Nak lebih banyak tips? Jom dapatkan Ebook saya berjudul 'Kenapa Aku Belum Bahagia' lebih banyak tips yang korang boleh dapat ari seminar yang harga beribu, Ebook yang harga beratus..tapi saya nak bagi Rm15 je awal-awal ni..doakan kebaikan saya dunia akhirat ya..๐Ÿ˜˜

Whatsapp: 01110950546

Join juga channel telegram saya: Terapi Jiwa

Himpunan tips, motivasi buat pengembara dalam ujian hidup. Sama²lah kita menyebarkan bahagia agar kita juga mampu bahagia.

https://telegram.me/we_are_strong

Saturday, 11 February 2017

Kenapa Aku Belum Bahagia

Kita sering menyangka bahawa KERJA KERAS akan menyebabkan kita BERJAYA, setelah itu menjadikan kita hidup BAHAGIA. Cara berfikir seperti itu sebenarnya salah. kita kena riset balik minda kita baha wa BAHAGIA adalah syarat utama untuk kita BERJAYA. Jadi, kebahagiaan akan mendorong kita untuk berKERJA KERAS, dan akan menyebabkan kita BERJAYA. Bukan sebaliknya.

Ada kajian menyatakan bahawa tubuh badan kita akan bekerja paling maksima semasa kita sedang merasa tenang dan BAHAGIA.

Hati yang BAHAGIA dan POSITIF , meyebabkan tubuh badan menghasilkan bahan kimia yang mengurangkan rasa cemas dan ini akan menjadikan kita lebih fokus dan lebih mudah menemui penyelesaian kepada masalah.

Ada juga kajian menunjukkan bahawa orang yang GEMBIRA dan TENANG dalam keadaan yang teruk macam mana sekalipun, tidak akan mudah stress tetapi sebaliknya lebih BERSEMANGAT.

Perasaan dan sikap kita terhadap hidup bergantung kepada cara kita berfikirau kita nak perubahan dalam hidup, kitalah yang harus mula untuk berubah. Caranya adalah dengan bersikap POSITIF dan BAHAGIA.

Nah, inilah maksud bahawa kita perlu sangat bahagiakan diri kita dulu, baru dapat bahagiakan orang lain. Dan kita akan lebih berjaya.

Nak kunci bahagia? Jom dapatkan Ebook terbaru saya 'Kenapa Aku Belum Bahagia'. RM15 sebagai harga pengenalan. ๐Ÿ˜ƒ

Whatsapp : 011-1095 0546 untuk maklumat lanjut.

Jom Jadi Lebih Bahagia

Bismillah, kita menjalani kehidupan seharian kita dengantawa dan sendu.
Kita tak boleh mengharapkan hari yang kita lalui tu semuanya kena bahagia aja..sebab lama-kelamaan bahagia tu akan jadi tawar dan hambar...

Perlu ada sendu, kita perlu melalui satu tahap dimana kita terhimpit hingga rasa tak mampu untuk bernafas.
Kita perlu sedar macam mana rasa otak sentiasa berjalan tapi kita tak nampak jalan penyelesaian,
Kita perlu untuk melaui saat-saat dimana orang pijak kita, orang perguna kita sehinggakan kita jatuh tersungkur.

kenapa?

Sebab dari situlah kita jadi kuat. Kita jadi lebih bijak. Baru kita nampak jalan untuk berjaya. Baru kita tau cara nak terbang bila kita jatuh..

Jangan bersedih, lalui proses kehidupan dengan tenang dan aman.

P/s: Macam mana nak lalui hidup tenang dan aman? Macam mana nak rasa tenang dalam kekalutan masalah dalam kehidupan? Macam mana nak hidup dan bernafas dengan selesa di kalangan orang-orang yang negatif? jom dapatkan EBOOK terbaru dari saya berjudul, "Kenapa Aku Belum Bahagia". RM15 harga pengenalan. ๐Ÿ˜˜

6 TPS MUDAH UNTUK BAHAGIA

6 TIPS MUDAH UNTUK BAHAGIA 

๐Ÿ‘‰Pertama, SENYUM DAN RAMAH.  Senyum dan sikap ramah terhadap orang-orang disekitar akan menciptakan suasana nyaman dan menyenangkan.   

Senyum akan menciptakan suasana ceria dan gembira kerana akan terpancar dari lirik mata dan aura positif pada wajah. 

Orang yang suka tersenyum akan membawa impak yang baik pada psikologi kita serta terhadap orang-orang di sekitar kita. 

Bersikap ramah pada orang sekitar kita akan menciptakan suasana ceria dan gembira. Perkara pertama yang harus dilakukan untuk bersikap ramah adalah membiasakan diri untuk mengucapkan 3 kata sederhana iaitu “terima kasih”, “maaf” dan “tolong”.  Tiga kata tersebut adalah “the three magic words” (tiga kata ajaib), walaupun sederhana dan senang diucapkan namun  memiliki kekuatan yang luar biasa dan bermakna positif dalam membangun hubungan sosial yang baik antara manusia.  

Sekecil mana pun bantuan orang lain yang kita terima, sampaikan “terima kasih”, sekecil apapun kesalahan kita, sampaikan permohonaan “maaf”, dan Sekecil manapun bantuan yang kita minta, awali dengan kata “tolong”. 

๐Ÿ‘‰Kedua, HIDUP SEDERHANA. “

Keluar dari kesederhanaan bermaksud, lenyapnya kebahagiaan sejati“ begitu kata Goethe, salah seorang tokoh berpengaruh di Jerman. 

Sifat manusia sesungguhnya begitu tamak dalam memperbanyakan harta. Manusia tidak pernah merasa puas dan bahagia dengan apa yang ada. 

Nabi Muhammad SAW bersabda 

"Andai kata manusia telah memiliki satu lembah emas, nescaya dia masih ingin memiliki satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi penuh mulutnya (hawa nafsu) melainkan tanah (maut), kecuali mereka yang selalu bersyukur dan merasa cukup." 

๐Ÿ‘‰Ketiga, BERSYUKUR & BERSEDEKAH. 

Mensyukuri apa yang telah kita miliki juga adalah kunci kebahagiaan. Beramal baik dengan mengeluarkan kelebihan harta kita untuk orang yang memerlukan merupakan wujud syukur. 

Mario Teguh, motivator Indonesia yang  terkenal mengatakan: 

“Bukan kebahagiaan yang menjadikanmu bersyukur, tapi kesyukuranlah yang menjadikanmu berbahagia.”  

Jika kita telah bahagia, maka berkongsilah bahagia itu kepada orang yang hidupnya susah. Dengan semakin banyak orang bahagia di sekitar kita, maka hidup kita akan semakin bahagia dan mendapatkan amal/pahala yang besar dari Tuhan. 

Mahatma Gandhi berkata: “Kebahagiaan tergantung pada apa yang dapat anda berikan, bukan pada apa yang anda peroleh.” 

๐Ÿ‘‰Keempat, SABAR DAN PEMAAF. 

Orang yang sabar biasanya lebih disiplin, dan melakukan segala sesuatu dengan plan dan rancangan, selangkah demi selangkah. Menikmati apa yang dilakukan dan yang kita peroleh. Mereka tidak marah atau menyalahkan orang lain ketika kegagalan yang dialaminya tiba. 

Memaafkan orang lain jika melakukan kesalahan adalah sikap dan tindakan yang luhur. Sebab memaafkan memiliki manfaat yang besar yang kembali kepada diri kita sendiri, iaitu mengubati rasa sakit hati. 

๐Ÿ‘‰Kelima, BERPIKIR POSITIF DAN MENJAUHI BURUK SANGKA. 

Setiap kesulitan pasti ada jalannya jika kita berusaha dan berdoa dengan penuh ketenangan. Tuhan tidak akan memberikan musibah/ujian yang tidak mampu kita selesaikan. 

Berfikirlah yang sihat dan positif tidak iri hati, dengki, suka menunjuk-nunjuk, baran, pendendam dan berbagai penyakit hati lainnya. 

Menjauhi buruk sangka, sebab secara psikologi buruk sangka akan menyebabkan berbagai penderitaan jiwa, iaitu marah, cemas, dan berbagai emosi negative lainnya. 

๐Ÿ‘‰Keenam, SELALU INGAT TUHAN DAN BANYAK BERDOA. 

Selalu ingat akanTuhan sebagai dzat pencipta dan pengatur seluruh alam semesta (termasuk diri kita) merupakan pangkal dari ketenangan hati. Dan awalilah selalu dengan doa (bismillah) setiap akan memulai pekerjaan dan mengakhiri dengan syukur (Alhamdulillah) selesai melakukan pekerjaan. 

Itulah enam tips mudah yang dapat kita lakukan untuk menjadikan diri kita bahagia. 

Sesungguhnya bahagia itu tidak terlihat dari luar tetapi terasa dari dalam. Kalau ingin mencari kebahagiaan maka kebahagiaan itu ada diluar, tetapi kalau ingin merasakan kebahagiaan maka kebahagiaan itu ada di dalam.  

Jadi, orang-orang yang ada di tempat-tempat hiburan seperti night club, disco, karaoke, dan tempat hiburan malam lainnya adalah orang-orang yang SEDANG MENCARI KEBAHAGIAAN. 

Sedangkan orang yang menghabiskan masa dengan keluarga, menonton tv dirumah sambil minum teh panas dan pisang goreng adalah mereka yang SEDANG MENIKMATI KEBAHAGIAAN.

P/s: Nak lebih banyak tips bahagia? Jom dapatkan Ebook saya, 'Kenapa Aku Belum Bahagia' dengan harga pengenalan Rm15 sahaja!

Whatsapp: 011-1095 0546