Monday, 20 February 2017

Antara Mahu dan Perlu :Kereta Biasa-biasa VS Kereta Mewah

Sepanjang perjalanan aku membawa viva biruku kadang-kadang terdetik juga dihati teringin nak kereta macam kereta besor kat depan ni. Mesti best bawak kan?

Takdelah orang nak pandang rendah. Maklumlah bawak viva ni, bila aku lewat ke tempat kerja sekali-sekala, aku akan bawak laju. Bergegor stereng kalau meter dah masuk angka 100. Bertambah seksa apabila orang kat depan tak bagi potong. Al maklumlah dia bawak Alphard..mana mungkin dia nak duduk lorong kiri. Tapi kenapa dia slow sangat? Aku nak potong dia tak kasik. Viva tak layak potong Alphard ker???

Pernah aku balik pakai Viva dari Kuantan ke Kelantan. Kakak ipar aku menyindir, 'siput' ni tak nak ganti dengan yang besor ker?? Terasa aku..dipanggilnya viva aku siput..hm...maklumla semua ipar aku pakai kete besor.

Biorlah apa orang nak kata. Ni rezeki Allah bagi kat aku. Mungkin depan hari adalah rezeki aku pakai kete besor. Semoga dapatla sebuah Honda HRV kat aku. Aamiin.

Ada hikmah jugak rasa disindir dan dipandang rendah sekarang. Semoga nanti bila aku dah dapat pakai kete besor takdelah aku merendah-rendahkan orang yang pakai kancil or viva nie. Takdelah aku riak takbur. Ye idok???

Aku kena muhasah jugak, kena nilai kedudukan kewangan. Viva aku sekarang pun boleh bawak aku hantar anak ke sekolah, boleh awak aku ke tempat kerja. Rosak pun jarang-jarang sekali. Minyak jimat. Alhamdulillah.

Dalam nak memenuhi keinginan kita kena qanaah,kena sentiasa bersyukur dengan nikmat dan rezeki Allah bagi sekarang. Jangan nak perlekehkah rezeki Allah dah bagi ada kita. Takpelah orang nak perlekehkan kita. Bermuhajadahlah melawan nafsu.

Rasulullah saw bersabda maksudnya, "Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanakannya dengan aa sederhana dan berhemat serta menabung lebihannya untuk hari susah dan keperluan."
HR Ibn-al Najjar.

Nabi SAW juga bersabda maksudnya, "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah darimu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya amu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.",Riwayat al-Bukhari

Firman Allah swt bermaksud:
"Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari(nikmatku) maka sesungguhnya azabKu amat pedih". Surah Ibrahim 14:7

No comments:

Post a Comment