Saturday, 25 February 2017

Suami, Fahamilah Isteri Berkejaya Anda

Sesampainya di rumah, isteri terus ambil wuduk untuk solat Maghrib (tanpa sempat mandi, atau menukar pakaian kerja kerana risau waktu Maghrib luput sebentar lagi). Usai sahaja solat, dia terus ke dapur. Risau jika suami yang juga sama-sama baru pulang dari kerja lapar. Brgitu juga dengan anak-anak yang baru di ambil dari rumah pengasuh.

Si isteri memasak kepenatan di dapur, suami dan anak-anak seronok bergurau senda di hadapan Televisyen. Kadang-kadang ada terdengan suara lantang dari mereka,

"Awak, saya nak makan ayam masak pedas lah".

"Mama, nak jemput-jemput boleh? Saya tak nak makan nasi.."

Si Ibu atau Isteri di dapur memang sedikit terasa di dalam hati, tapi disebabkan rasa sayang, dia turutkan sahaja tanpa memikirkan rasa penat, dan rasa tak dihargai dari suami dan anak-anak.

Selesai masak, makan, barulah ada masa untuk dia mandi dan solat Isyak. Berserabut dengan keadaan rumah yang tunggang-langgang dia usahakan untuk kemas mana yang mampu. Sekali-sekali dia menjeling akan pakaian yang belum dicuci di dalam bakul, dan juga pakaian yang belum berlipat. Entah bila dia mampu selesaikan semua itu?

Sambil-sambil dia mengemas, masih lagi terdengar pemintaan lewat malam,
"Awak, boleh buatkan maggi goreng dengan telur mata?". walau dia dengan mimik 'buat muka', tetap juga dia makbulkan permintaan tersebut.

Sambil dia tunggu siap mesin basuh basuh kotor, dia melipat pakaian yang berbakul-bakul tadi, menahan mata yang mengantuk, dia siapkan juga semua kerja. Ada beberapa kerja pejabat yang tertunggak masih mengganggu kepalanya,
"Ahh..esok sajalah. Mata dah mengantuk"

Sebaik sahaja masuk bilik dengan niat untuk tidur dan hilangkan penat, tiba-tiba suami datang menempel 'minta dilayan'. Tidak mahu membuat suami terasa hati, di'layan' juga permintaan itu walau tanpa kepuasan sepenuhnya bagi dirinya.

Saat yang lain dah tertidur, mata yang penat tadi mengalirkan air mata..mengenang bilakah ada orang yang sudi mendengar, menghargai segala keluhan hati?

Wahai suami, hargailah isteri anda. Dia juga manusia yang tahu erti penat. Yang ingin sekali-sekala ada yang membantu kerja-kerja nya. Ada yang mendengar keluhannya.

untuk isteri juga, bersabarlah. Aduakanlah pada Dia. Andai yang lain pekak untuk mendengar, buta untuk melihat..tapi Dia Maha Mendengar, Maha Melihat. Ikhlaskanlah segala yang telah diberikan supaya kita dapat balasan dan pahala dari Allah.








No comments:

Post a Comment