Razana merasa sempit ketika ini. Dadanya sesak. Rasa nak buang air kecil pun ada. Takut sangat. Berdebar sangat.
"Aku silap langkah lagi ker?. Sudahlah. Apa aku nak buat sekarang?. Siapa lagi nak tolong aku?. Semua dah lari!".
Razana hairan dengan percaturan hidupnya.
"Apa yang Allah nak tunjuk dekat aku?. Apa yang Dia nak aku tahu?".
"Ya Allah,Kau tunjukkanlah pada aku apa yang perlu aku buat. Bantulah aku. Kuatkanlah semangatku. Tolong aku Ya Allah".
Dia merasakan memang dia buat silap besar sekali lagi. Terima perlawaan Aimi untuk hidup bersama semula sebagai suami isteri satu silap besar baginya. Padahal baru tiga bulan mereka berbaik semua setelah dua tahun hidup berjauhan.
Bulan pertama semua baik. Aimi tidak tinggal solat, sebaliknya solat cukup 5 waktu. Anak pun diajak solat sekali. Masuk bulan ketiga semua seperti dulu semula. Bila dia tidak solat, barannya kembali lagi. Perkataan mulutnya semkin kesat. Hati Razana terguris sekali lagi.
Dia sudah hilang punca. Ingin di ceritakan kepada keluarganya risau mereka akan pulangkan paku buah keras.
"Itulah, kalau dulu kau teruskan je tuntukan fasakh kau kan dah takde masalah. Biarlah dia taknak lafaz cerai. Hakim kan ada. Dia bulan suami yang baik pun!".
Perkataan-perkataan begitulah yang dirisaukan Razana. Malah sekarang sudah ada dua adik beradiknya tidak bertegur sapa dengannya kerana berbaik semula dengan Aimi. Tak cukup dengan itu dikutuk-kutuknya Razana di laman Facebook. Razana malu.
Tidak siapa yang tahu apa yang ditanggungnya selama 2 tahun itu. Duit habis berbelas ribu bayar peguam. Tapi kes takselesai juga kerana Aimi dan keluarganya berpakat main tarik tali.
Razana juga tak faham kenapa Aimi tidak mahu melepaskannya. Jika bersama mu dia hanya menyeksa emosi Razana. Kalau tak turut kehendak, dia mengamuk.
Razana bingung.
Perjalanan hidup menghabiskan sisa-sia nafas yang di beri. Perkongsian ilmu hasil bacaan, pemerhatian , ilham yang Allah beri agar suatu hari nanti boleh menjadi penyelamatku dari azabNya. Aamiin.
Saturday, 25 March 2017
Usah Bersedih
Usahlah bersedih andainya sedang kau berubah menuju jalan Allah,
Mereka mengejek dan mempersendakanmu.
"Sembahyang tonggang tonggek, kau ingat berbaloi dengan perangai buruk kau!"
Mereka tak sedar, mereka tak merasa, yang kau sedang berusaha. Mengubah sedikit demi sedikat cela, agar suatu hari berganti pahala.
Usah kau bersedih, andai mereka memulaukan mu. Sahabat-sahabat dulu menjauh. Kau tak tahu, Allah sedang sisihkan yang buruk bagimu dengan yang lebih baik. Bersabarlah!
Usah bersedih andai kini kau leseorangan. Melawan caci tohmah hinaan. Kerna di kiri kananmu ada malaikat mencatit pahala buatmu, selagi kau tidak melawan mereka dengan sikap yang sama.
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim...
Dia Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang... Tiada yang lebih layak dari Dia untuk menjadi Pembela mu. Tiada Yang Sekuat Dia untuk melawan musuhmu.
Berserahlah. Bertaubatlah. Solat hajatlah. Bertahajudlah. Merayulah hanya pada Dia. Mengadulah di hening malam padaNya. Hanya dia sebaik-baik Pendengar, juga Sebaik-baik Penolong.
Thursday, 16 March 2017
Buat Sikit Takpe, tapi Jangan Tinggal Terus
Assalamualaikum wbt.
*Ambil Bahagian, Jangan Tinggal Diam*
Ada kisah yang menceritakan seekor burung pipit di zaman Nabi Ibrahim AS. Tatkala kekasih Allah itu dibakar oleh Namrudz yang kejam, burung kecil ini berusaha melakukan sesuatu dan tidak tinggal diam.
Berulang-alik dia mengangkut air, dan pasti, usaha itu tidak memadamkan api yang sangat besar.
Burung-burung lain bertanya pada pipit kecil, mengapa dia melakukan itu? Tak berguna dan tidak memberi hasil. Begitu kata mereka. Tapi burung pipit kecil memberikan jawapan yang sangat luar biasa.
*"Mungkin air yang kubawa tidak akan memadamkan api di bawah sana. Tapi jika nanti Allah bertanya, maka aku memberikan jawapan, dan sebagai bukti di mana aku berpihak. Bahawa aku tidak tinggal diam. Aku telah melakukan sesuatu!"*
Jangan berdiam diri, ambil bahagian dalam dakwah dan perjuangan. Besar kecil tak jadi soal. Sebab Allah yang menilai dan memandang.
Sekarang giliran kita untuk mengambil peranan, untuk kebaikan.
*Jangan tinggal diam!*
Dalam kita nak istiqamah melaksanakan segala perintah Allah, kita buat ajalah semampu kita. Buat sikit-sikit tapi berterusan itu adalah lebih baik dari kita buat banyak tapi timbul tenggelam. Minta doa dengan Allah agar kita istiqamah dalam melaksanakan kebaikan..dan diberikan keuatan untuk menunggalkan segala laranyaNya. Aaamiin.

Menantu Perempuan vs Ibu Mertua
Baru-baru ini ada kawan menceritakan kepada saya tentang rasa tidak puas hatinya kepada kakak iparnya. Kalau saya jadi dia pun, saya juga akan merasakan hal yang sama.
Ceritanya bermula apabila dia terpandang ada status di Facebook kakak iparnya sedang memaki, mencarut tentang ibu mertuanya(ibu kandung kawan saya). Tidak cukup dengan status, dicampur pula dengan komen-komen yang berbaur carutan dan makian.
Kakak Ipar kawan saya ini semakin teruja apabila mendapat sokongan dari kawan-kawan FBnya, maka dalam seminggu tersebut post FBnya memang negatif terus.
Akibat tidak tahan dengan perkara itu, kawan saya ini terus komen menegur sikap kakak iparnya tadi.
Katanya,"Akak tak patut memburukkan ibu saya, lebih-lebih lagi untuk tatapan satu dunia. Saya pun ada tak sukakan sesetengah sikap mertua saya, tapi saya tak pernah up di FB dan laungkan pada satu dunia! Suami akak lahir dari dia,jangan lupa".
Macam itulah lebih kurang. Namun, kakak iparnya tadi bukan berubah, malah semakin melenting, dan kini semua status FBnya menyindir-nyindir kawan saya pula. Akibat tak tahan, kawan saya block FB kakak iparnya.
Bukan untuk putuskan silaturahim, tetapi untuk mengelak membaca status menyakitkan hati kakak iparnya tadi agar pergaduhan tak semakin besar.
Dari kes ini ada banyak pengajaran:-
1.Buat menantu wanita
Walau seteruk mana kamu tak suka pada mertua, jangan lupa suami kamu di besarkan olehnya. Berapa banyak airmatanya menangisi sikap suami kamu, berapa banyak tidurnya terganggu membesarkan suami kamu,berapa banyak belanja dan penat lelah dia lalui dalam memberikan kamu seorang suami.
Andai tak dapat tipu diri kerna benci kamu ada dia, buatlah kebaikan pada dia demi menjaga Allah. Kerana Allah. InsyaAllah,kamu lebih lega.
Jangan lupa, bahagia dan berkat rumahtangga kamu ada juga sebahagian dari redha ibubapa suami kamu.
2. Buat ibu Mertua
Memang sukar sayangi menantu seperti anak sendiri. Tak mungkin menantu boleh ambil tempat nak di hati. Lebih-lebih lagi kalau menantu itu buan pilihan kita.
Tapi ingatlah, jodoh anak kamu Allah dah tentukan. Jika itu isteri yang Allah bagi pada dia, itulah yang terbaik untuk anak lelaki kamu. Sayangi dia kerana kebahagiaan anak lelaki kamu juga bergantung pada kebahagiaan isterinya, ibu kepada anak-anaknya,cucu kamu.
Bantulah anak untuk menunaikan amanah dalam rumahtangganya. Bukan membntu anakmu menganiaya isterinya. Kamu dananak amu akan dipersoalan jua oleh Allah nanti. Isteri juga mempunyai hak ke atas suami.
Usah campuri urusan rumahtangga mereka. Usah sebok mengatur hala tuju anak-anak mereka. Biar mereka buat sendiri. Kamu dulu pernah jua jadi menantu. Kamu suka mertua kamu campuri uusan rumahtangga kamu??
3.Buat suami
Bijaklah mengurus ibu dan isteri kamu. Jangan pilih kasih. Ikut keutamaan dalam agama. Jangan kerana turutkan ibu kamu abaikan hak dan amanah kepada isteri kamu. Dan jangan pula kerana isteri, kamu derhaka kepada ibumu.
Dan buat kawan saya tadi, lain kali tegur kakak ipar secara personal,bukan dikomen. Bagus block FBnya supaya kamu tak terus panas..tapi jangan nanti bila berjumpa tak tegur sapa. Buat aja macam biasa,agar silaturahim terjaga.
Sekian entry saya kali ini. Andai beanfaat sharelah supaya orang lain pun dapat manfaatnya. Aamiin.

Saturday, 4 March 2017
Untuk Renungan ayah-ayah
UNTUK RENUNGAN AYAH-AYAH
1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..
2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..
4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku..
5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..
6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..
7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..
8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..
9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.
10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?
11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...
12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.
13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.
14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.
16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..
17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.
18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!
19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..
20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).
21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.
22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.
24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..
Wallahua'lam.

Jangan memandang rendah keburukan orang lain, dan memandang tinggi kelebihan diri.
Daripada
Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu
dipercayai):
“Sesungguhnya
setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama
40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang
sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian
dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan
dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya
menulis rezekinya, ajalnya,amalannya dan adakah dia celaka
atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah
seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga
jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh
ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia
memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal
dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih
dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia
mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”
-muttafaqun’alaih-
Hadis di
atas berkisar tentang tahap penciptaan manusia dan garis takdirnya. Semasa umur
kita 4 bulan, Allah telah memerintahkan malaikat meniupkan roh dan Dia telah
menetapkan 4 perkara bagi kita;
rezeki (makanan,
biasiswa, jodoh)
ajal
maut (bila kita meninggal)
amalan (apa
yang kita kerjakan)
akhir
hidup (syurga atau neraka)
Berdasarkan
hadis ini, terbukti bahawa segala peristiwa yang berlaku di dunia ini, berlaku
pada diri kita, keluarga kita atau sesiapa sahaja, bukan satu kebetulan tetapi
satu takdir yang telah Allah tetapkan semasa kita masih di dalam rahim ibu.
Dulu,
saya pernah konfius, “Kalau Allah dah tetapkan kita masuk syurga atau neraka,
tak guna lah kita
beramal
kan, sebab Allah dah tentukan semuanya”.
Woot!
tunggu dulu, kita kan tahu Allah itu tidak pernah menzalimi kita, tetapi kita
sendiri yang selalu menzalimi diri kita.
Mari saya
kongsikan apa yang saya faham.
Takdir
terbahagi kepada 2 iaitu
Allah
tetapkan dengan kehendakNya (rezeki, ajal)
Allah
tetapkan dengan ilmuNya yang Maha Luas (amalan, akhir hidup)
Segala
rezeki yang kita dapat kat dunia ini Allah tentukan dengan kehendaknya,
termasuk kita dapat penajaan ke oversea, kita makan apa hari ni, kita kahwin
dengan siapa nanti, semua itu telah ditetapkan dengan kehendakNya.
Tetapi, ada
dua perkara yang Allah tetapkan bukan dengan kehendakNya iaitu amalan kita di
dunia, dan pengakhiran hidup kita sama ada syurga atau neraka. Contohnya, jika
kita tak study untuk exam, itu bukan Allah dah tetapkan, tetapi
sebaliknya pilihan kita. Allah cuma menulisnya dengan ilmuNya yang Maha Luas
bahawa ‘si polan ini tak study untuk exam‘ kerana Dia tahu kita
akan berbuat demikian. Maka, jika kita berbuat dosa, itu bukannya kehendak
Allah, tetapi atas pilihan kita sendiri dan akhir hidup kita (syurga/ neraka)
juga berdasarkan pilihan kita juga bukan?
Tetapi, Dia
tidak pernah zalim.
“Maka, Dia
mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan kataqwaan, sungguh beruntung orang
yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”
(as-syams
91:8~10)
Sesungguhnya,
Dia akan mengilhamkan kepada kita jalan kejahatan dan juga jalan ketaqwaan,
tetapi kita yang memilihnya.
Hadis
diatas juga mengajar kita janganlah kita pandang orang yang tidak tutup aurat,melakukan
maksiat,berakhlak buruk dengan pandangan yang merendah-rendahkan mereka, sebab
kita sendiri tidak tahu mana pengakhiran mereka.
Mungkin
mereka masa hidup penuh buat maksiat(amalan ahli neraka),tapi di hari-hari
akhir hidup mereka, mereka bertaubat dan banyak buat amalan ahli syurga..maka
ke syurgalah mereka...
Dan kalau
saat ini kita merasakan diri kita baik,banyak buat kebaikan(amalan ahli
syurga), tapi hari-hari akhir kehidupan kita,kita terleka dan banyak buat amalan
maksiat(amalan ahli neraka) maka, ke nerakalah kita...
Kesimpulannya,
jangan mudah label orang ni baik,orang ni jahat dan layan mereka macam mereka
dah konpem ahli neraka...dan jangan anggap kita ni baik,banyak buat kebaikan,
kita dah konpem masuk syurga...
Iman
manusia turun naik..mana tau nak mati nanti iman tengah turun, banyak buat
maksiat..na'auzubillah..moga Allah jauhkan...
Senjatanya
hanya doa dan pohon perlindunga Allah serta sntiasa jaga amal...tiap kali nak
buat sesuatu tanya diri, perbuatan ni akan bawak aku masuk syurga atau neraka?
InsyaAllah
kita terpelihara.. =)
Nak belajar Buat Ebook?
Bismillah. Assalamualaikum.
Alhamdulillah saya ada menyiapkan sebuah Ebook ringkas tentang cara untuk buat Ebook. Buku tersebuit bertajuk : 'Senangnya Buat Ebook"
Harga Ebook 'Senangnya Buat Ebook' ini ialah Rm15 sahaja. TAPI anda akan dapat PERCUMA:-
Ebook 'Tips Kaya Bahagia' dan Checklist Ibadah. Juga free Ebook "magnet Rezeki". Pm jika berminat😃
WHATSAPP atau TELEGRAM: 011-1095 0546

Dalam susah ada senang
Baru-baru ni saya di timpa sedikit ujian dari Allah. Sewaktu saya dalam perjalanan untuk balik dari kerja, saya berhenti seperti biasa di lampu isyarat. Memang kebiasaannya di situ amat sesak kerana berada di simpang tiga. Lebih-lebih lagi, waktu tu waktu orang balik kerja.
Sedang saya menunggu di lampu isyarat, satu hentakan kuat terasa dari belakang. Sewaktu itu, saya hanya duduk diam didalam kereta, mungkin kerana sedikit terkejut. Beberapa minit selepas itu baru saya keluar dari kereta dan melihat di belakang. Terdapat 2 orang remaja lelaki terbaring di atas jalan raya. Mereka menunggang motosikal. Pembonceng agak teruk berdarah di bibir.
Saya melihat bumper kereta saya yang teruk kemek, Bonet pun sama. Eksos kereta saya sampai tembus melepasi bumper. "Ya Allah, dalam keadaan tengah 'sengkek' ni lah Kau nak uji aku". saya berkata dalam hati.

Ada seorang beberapa orang lelaki yang berhenti sewaktu kemalangan tersebut meminta kami bergerak ke bahu jalan supaya tak mengganggu lalu lintas. Saya hidupkan kereta, tapi kereta bergerak perlahan kerana bumper bergesel dengan tayar.
Mereka yang berhenti melihat kami, meminta saya menelefon ambulans namu dua remaja lelaki tadi membantah. Saya ajak mereka settle di balai pun sama, mereka menolak.
"Habis, kesian lah dekat akak ni. Macam mana dia nak baiki kereta dia kalau kamu taknak ke balai. kamu yang salah. kamu berlumpa, laju. dan mabuk pulak tu!"
Memang mereka mabuk. Ada bau alkohol. Mereka mengaku mereka minum dan mereka keturunan orang asli. Sewaktu seorang abang yang memihak kepada saya sedang argue dengan mereka, mereka terus naik semula motosikal dan lari tinggalkan kami. Namun, saya ada snap gambar plat motor mereka.
Saya menelofon suami, minta dia datang ke tempat saya kemalangan. Saya minta suami bawa saya ke balai untuk buat report bagi claim insurans. Namun saya tak laporkan plat motor budak tersebut kerana malas nak libatkan banyak kes. Saya cuma harap dapat claim insurans.
Namun, saya tak ralat sangat atas apa yang berlalu. Allah nak bagi yang lebih baik mungkin. Dalam saya susah untuk bergerak ke sana ke mari untuk uruskan hal claim insurans dan repair kereta, saya ditemukan dengan orang-orang yang bantu memudahkan urusan saya.
Saya dapat menumpang seorang rakan sekerja yang tinggal berdekatan untuk pergi dan balik kerja. Adik saya juga kadang-kadang datang untuk bawa saya ke tempat-tempat saya nak pergi. contohnya ke bengkel bagi urusan kereta atau jika saya perlu awal ke tempat kerja, adik saya hantarkan.
Itulah, dalam kita berhati-hati ada masa terkena juga. Semua tu ujian dari Allah. Ada banyak hikmah terselindung. Silaturrahim saya dengan rakan dan adik bertambah erat. Kerna kita tahu mereka ada diwaktu susah kita. benarlah kata Allah dalam surah Al Insyirah :
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Ash-Syar-h 94:5) |
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(Ash-Syar-h 94:6)
Subscribe to:
Posts (Atom)