Thursday, 16 March 2017

Buat Sikit Takpe, tapi Jangan Tinggal Terus

Assalamualaikum wbt.

*Ambil Bahagian, Jangan Tinggal Diam*

Ada kisah yang menceritakan seekor burung pipit di zaman Nabi Ibrahim AS. Tatkala kekasih Allah itu dibakar oleh Namrudz yang kejam, burung kecil ini berusaha melakukan sesuatu dan tidak tinggal diam.

Berulang-alik dia mengangkut air, dan pasti, usaha itu tidak memadamkan api yang sangat besar.

Burung-burung lain bertanya pada pipit kecil, mengapa dia melakukan itu? Tak berguna dan tidak memberi hasil. Begitu kata mereka. Tapi burung pipit kecil memberikan jawapan yang sangat luar biasa.

*"Mungkin air yang kubawa tidak akan memadamkan api di bawah sana. Tapi jika nanti Allah bertanya, maka aku  memberikan jawapan, dan sebagai bukti di mana aku berpihak. Bahawa aku tidak tinggal diam. Aku telah melakukan sesuatu!"*

Jangan berdiam diri, ambil bahagian dalam dakwah dan perjuangan. Besar kecil tak jadi soal. Sebab Allah yang menilai dan memandang.

Sekarang giliran kita untuk mengambil peranan, untuk kebaikan.
*Jangan tinggal diam!*

Dalam kita nak istiqamah melaksanakan segala perintah Allah, kita buat ajalah semampu kita. Buat sikit-sikit tapi berterusan itu adalah lebih baik dari kita buat banyak tapi timbul tenggelam. Minta doa dengan Allah agar kita istiqamah dalam melaksanakan kebaikan..dan diberikan keuatan untuk menunggalkan segala laranyaNya. Aaamiin.

No comments:

Post a Comment