Saturday, 4 March 2017

Dalam susah ada senang

        Baru-baru ni saya di timpa sedikit ujian dari Allah. Sewaktu saya dalam perjalanan untuk balik dari kerja, saya berhenti seperti biasa di lampu isyarat. Memang kebiasaannya di situ amat sesak kerana berada di simpang tiga. Lebih-lebih lagi, waktu tu waktu orang balik kerja.

       Sedang saya menunggu di lampu isyarat, satu hentakan kuat terasa dari belakang. Sewaktu itu, saya hanya duduk diam didalam kereta, mungkin kerana sedikit terkejut. Beberapa minit selepas itu baru saya keluar dari kereta dan melihat di belakang. Terdapat 2 orang remaja lelaki terbaring di atas jalan raya. Mereka menunggang motosikal. Pembonceng agak teruk berdarah di bibir.

      Saya melihat bumper kereta saya yang teruk kemek, Bonet pun sama. Eksos kereta saya sampai tembus melepasi bumper. "Ya Allah, dalam keadaan tengah 'sengkek' ni lah Kau nak uji aku". saya berkata dalam hati.


       Ada seorang beberapa orang lelaki yang berhenti sewaktu kemalangan tersebut meminta kami bergerak ke bahu jalan supaya tak mengganggu lalu lintas. Saya hidupkan kereta, tapi kereta bergerak perlahan kerana bumper bergesel dengan tayar.

      Mereka yang berhenti melihat kami, meminta saya menelefon ambulans namu dua remaja lelaki tadi membantah. Saya ajak mereka settle di balai pun sama, mereka menolak.

     "Habis, kesian lah dekat akak ni. Macam mana dia nak baiki kereta dia kalau kamu taknak ke balai. kamu yang salah. kamu berlumpa, laju. dan mabuk pulak tu!"

      Memang mereka mabuk. Ada bau alkohol. Mereka mengaku mereka minum dan mereka keturunan orang asli. Sewaktu seorang abang yang memihak kepada saya sedang argue dengan mereka, mereka terus naik semula motosikal dan lari tinggalkan kami. Namun, saya ada snap gambar plat motor mereka.

       Saya menelofon suami, minta dia datang ke tempat saya kemalangan. Saya minta suami bawa saya ke balai untuk buat report bagi claim insurans. Namun saya tak laporkan plat motor budak tersebut kerana malas nak libatkan banyak kes. Saya cuma harap dapat claim insurans.

       Namun, saya tak ralat sangat atas apa yang berlalu. Allah nak bagi yang lebih baik mungkin. Dalam saya susah untuk bergerak ke sana ke mari untuk uruskan hal claim insurans dan repair kereta, saya ditemukan dengan orang-orang yang bantu memudahkan urusan saya.

      Saya dapat menumpang seorang rakan sekerja yang tinggal berdekatan untuk pergi dan balik kerja. Adik saya juga kadang-kadang datang untuk bawa saya ke tempat-tempat saya nak pergi. contohnya ke bengkel bagi urusan kereta atau jika saya perlu awal ke tempat kerja, adik saya hantarkan.

      Itulah, dalam kita berhati-hati ada masa terkena juga. Semua tu ujian dari Allah. Ada banyak hikmah terselindung. Silaturrahim saya dengan rakan dan adik bertambah erat. Kerna kita tahu mereka ada diwaktu susah kita. benarlah kata Allah dalam surah Al Insyirah : 

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Ash-Syar-h 94:5) |

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(Ash-Syar-h 94:6


No comments:

Post a Comment