Daripada
Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu
dipercayai):
“Sesungguhnya
setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama
40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang
sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian
dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan
dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya
menulis rezekinya, ajalnya,amalannya dan adakah dia celaka
atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah
seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga
jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh
ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia
memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal
dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih
dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia
mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”
-muttafaqun’alaih-
Hadis di
atas berkisar tentang tahap penciptaan manusia dan garis takdirnya. Semasa umur
kita 4 bulan, Allah telah memerintahkan malaikat meniupkan roh dan Dia telah
menetapkan 4 perkara bagi kita;
rezeki (makanan,
biasiswa, jodoh)
ajal
maut (bila kita meninggal)
amalan (apa
yang kita kerjakan)
akhir
hidup (syurga atau neraka)
Berdasarkan
hadis ini, terbukti bahawa segala peristiwa yang berlaku di dunia ini, berlaku
pada diri kita, keluarga kita atau sesiapa sahaja, bukan satu kebetulan tetapi
satu takdir yang telah Allah tetapkan semasa kita masih di dalam rahim ibu.
Dulu,
saya pernah konfius, “Kalau Allah dah tetapkan kita masuk syurga atau neraka,
tak guna lah kita
beramal
kan, sebab Allah dah tentukan semuanya”.
Woot!
tunggu dulu, kita kan tahu Allah itu tidak pernah menzalimi kita, tetapi kita
sendiri yang selalu menzalimi diri kita.
Mari saya
kongsikan apa yang saya faham.
Takdir
terbahagi kepada 2 iaitu
Allah
tetapkan dengan kehendakNya (rezeki, ajal)
Allah
tetapkan dengan ilmuNya yang Maha Luas (amalan, akhir hidup)
Segala
rezeki yang kita dapat kat dunia ini Allah tentukan dengan kehendaknya,
termasuk kita dapat penajaan ke oversea, kita makan apa hari ni, kita kahwin
dengan siapa nanti, semua itu telah ditetapkan dengan kehendakNya.
Tetapi, ada
dua perkara yang Allah tetapkan bukan dengan kehendakNya iaitu amalan kita di
dunia, dan pengakhiran hidup kita sama ada syurga atau neraka. Contohnya, jika
kita tak study untuk exam, itu bukan Allah dah tetapkan, tetapi
sebaliknya pilihan kita. Allah cuma menulisnya dengan ilmuNya yang Maha Luas
bahawa ‘si polan ini tak study untuk exam‘ kerana Dia tahu kita
akan berbuat demikian. Maka, jika kita berbuat dosa, itu bukannya kehendak
Allah, tetapi atas pilihan kita sendiri dan akhir hidup kita (syurga/ neraka)
juga berdasarkan pilihan kita juga bukan?
Tetapi, Dia
tidak pernah zalim.
“Maka, Dia
mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan kataqwaan, sungguh beruntung orang
yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”
(as-syams
91:8~10)
Sesungguhnya,
Dia akan mengilhamkan kepada kita jalan kejahatan dan juga jalan ketaqwaan,
tetapi kita yang memilihnya.
Hadis
diatas juga mengajar kita janganlah kita pandang orang yang tidak tutup aurat,melakukan
maksiat,berakhlak buruk dengan pandangan yang merendah-rendahkan mereka, sebab
kita sendiri tidak tahu mana pengakhiran mereka.
Mungkin
mereka masa hidup penuh buat maksiat(amalan ahli neraka),tapi di hari-hari
akhir hidup mereka, mereka bertaubat dan banyak buat amalan ahli syurga..maka
ke syurgalah mereka...
Dan kalau
saat ini kita merasakan diri kita baik,banyak buat kebaikan(amalan ahli
syurga), tapi hari-hari akhir kehidupan kita,kita terleka dan banyak buat amalan
maksiat(amalan ahli neraka) maka, ke nerakalah kita...
Kesimpulannya,
jangan mudah label orang ni baik,orang ni jahat dan layan mereka macam mereka
dah konpem ahli neraka...dan jangan anggap kita ni baik,banyak buat kebaikan,
kita dah konpem masuk syurga...
Iman
manusia turun naik..mana tau nak mati nanti iman tengah turun, banyak buat
maksiat..na'auzubillah..moga Allah jauhkan...
Senjatanya
hanya doa dan pohon perlindunga Allah serta sntiasa jaga amal...tiap kali nak
buat sesuatu tanya diri, perbuatan ni akan bawak aku masuk syurga atau neraka?
InsyaAllah
kita terpelihara.. =)
No comments:
Post a Comment