Thursday, 16 March 2017

Menantu Perempuan vs Ibu Mertua

Baru-baru ini ada kawan menceritakan kepada saya tentang rasa tidak puas hatinya kepada kakak iparnya. Kalau saya jadi dia pun, saya juga akan merasakan hal yang sama.

Ceritanya bermula apabila dia terpandang ada status di Facebook kakak iparnya sedang memaki, mencarut tentang ibu mertuanya(ibu kandung kawan saya). Tidak cukup dengan status, dicampur pula dengan komen-komen yang berbaur carutan dan makian.

Kakak Ipar kawan saya ini semakin teruja apabila mendapat sokongan dari kawan-kawan FBnya, maka dalam seminggu tersebut post FBnya memang negatif terus.

Akibat tidak tahan dengan perkara itu, kawan saya ini terus komen menegur sikap kakak iparnya tadi.

Katanya,"Akak tak patut memburukkan ibu saya, lebih-lebih lagi untuk tatapan satu dunia. Saya pun ada tak sukakan sesetengah sikap mertua saya, tapi saya tak pernah up di FB dan laungkan pada satu dunia! Suami akak lahir dari dia,jangan lupa".

Macam itulah lebih kurang. Namun, kakak iparnya tadi bukan berubah, malah semakin melenting, dan kini semua status FBnya menyindir-nyindir kawan saya pula. Akibat tak tahan, kawan saya block FB kakak iparnya.

Bukan untuk putuskan silaturahim, tetapi untuk mengelak membaca status menyakitkan hati kakak iparnya tadi agar pergaduhan tak semakin besar.

Dari kes ini ada banyak pengajaran:-

1.Buat menantu wanita
Walau seteruk mana kamu tak suka pada mertua, jangan lupa suami kamu di besarkan olehnya. Berapa banyak airmatanya menangisi sikap suami kamu, berapa banyak tidurnya terganggu membesarkan suami kamu,berapa banyak belanja dan penat lelah dia lalui dalam memberikan kamu seorang suami.

Andai tak dapat tipu diri kerna benci kamu ada dia, buatlah kebaikan pada dia demi menjaga Allah. Kerana Allah. InsyaAllah,kamu lebih lega.

Jangan lupa, bahagia dan berkat rumahtangga kamu ada juga sebahagian dari redha ibubapa suami kamu.

2. Buat ibu Mertua
Memang sukar sayangi menantu seperti anak sendiri. Tak mungkin menantu boleh ambil tempat nak di hati. Lebih-lebih lagi kalau menantu itu buan pilihan kita.

Tapi ingatlah, jodoh anak kamu Allah dah tentukan. Jika itu isteri yang Allah bagi pada dia, itulah yang terbaik untuk anak lelaki kamu. Sayangi dia kerana kebahagiaan anak lelaki kamu juga bergantung pada kebahagiaan isterinya, ibu kepada anak-anaknya,cucu kamu.

Bantulah anak untuk menunaikan amanah dalam rumahtangganya. Bukan membntu anakmu menganiaya isterinya. Kamu dananak amu akan dipersoalan jua oleh Allah nanti. Isteri juga mempunyai hak ke atas suami.

Usah campuri urusan rumahtangga mereka. Usah sebok mengatur hala tuju anak-anak mereka. Biar mereka buat sendiri. Kamu dulu pernah jua jadi menantu. Kamu suka mertua kamu campuri uusan rumahtangga kamu??

3.Buat suami
Bijaklah mengurus ibu dan isteri kamu. Jangan pilih kasih. Ikut keutamaan dalam agama. Jangan kerana turutkan ibu kamu abaikan hak dan amanah kepada isteri kamu. Dan jangan  pula kerana isteri, kamu derhaka kepada ibumu.

Dan buat kawan saya tadi, lain kali tegur kakak ipar secara personal,bukan dikomen. Bagus block FBnya supaya kamu tak terus panas..tapi jangan nanti bila berjumpa tak tegur sapa. Buat aja macam biasa,agar silaturahim terjaga.

Sekian entry saya kali ini. Andai beanfaat sharelah supaya orang lain pun dapat manfaatnya. Aamiin.

No comments:

Post a Comment