Saturday, 25 March 2017

Puaka : Part 1

Razana merasa sempit ketika ini. Dadanya sesak. Rasa nak buang air kecil pun ada. Takut sangat. Berdebar sangat.

"Aku silap langkah lagi ker?. Sudahlah. Apa aku nak buat sekarang?. Siapa lagi nak tolong aku?. Semua dah lari!".

Razana hairan dengan percaturan hidupnya.

"Apa yang Allah nak tunjuk dekat aku?. Apa yang Dia nak aku tahu?".

"Ya Allah,Kau tunjukkanlah pada aku apa yang perlu aku buat. Bantulah aku. Kuatkanlah semangatku. Tolong aku Ya Allah".

Dia merasakan memang dia buat silap besar sekali lagi. Terima perlawaan Aimi untuk hidup bersama semula sebagai suami isteri satu silap besar baginya. Padahal baru tiga bulan mereka berbaik semua setelah dua tahun hidup berjauhan.

Bulan pertama semua baik. Aimi tidak tinggal solat, sebaliknya solat cukup 5 waktu. Anak pun diajak solat sekali. Masuk bulan ketiga semua seperti dulu semula. Bila dia tidak solat, barannya kembali lagi. Perkataan mulutnya semkin kesat. Hati Razana terguris sekali lagi.

Dia sudah hilang punca. Ingin di ceritakan kepada keluarganya risau mereka akan pulangkan paku buah keras.

"Itulah, kalau dulu kau teruskan je tuntukan fasakh kau kan dah takde masalah. Biarlah dia taknak lafaz cerai. Hakim kan ada. Dia bulan suami yang baik pun!".

Perkataan-perkataan begitulah yang dirisaukan Razana. Malah sekarang sudah ada dua adik beradiknya tidak bertegur sapa dengannya kerana berbaik semula dengan Aimi. Tak cukup dengan itu dikutuk-kutuknya Razana di laman Facebook. Razana malu.

Tidak siapa yang tahu apa yang ditanggungnya selama 2 tahun itu. Duit habis berbelas ribu bayar peguam. Tapi kes takselesai juga kerana Aimi dan keluarganya berpakat main tarik tali.

Razana juga tak faham kenapa Aimi tidak mahu melepaskannya. Jika bersama mu dia hanya menyeksa emosi Razana. Kalau tak turut kehendak, dia mengamuk.

Razana bingung.

No comments:

Post a Comment