Monday, 3 April 2017

Berita Baik Selepas 7 Tahun

Dah lama sebenarnya merancang selepas kelahiran Mikhail. Sekarang dia dah 7 tahun. Sepanjang 7 tahun memang dia asyik membebel nakkan teman. Saya sendiri pun kasihan tengok dia main sensorang tak berteman. Kadang-kadang buat pelbagai aksi pelik. Protes dia tengah boring.

Selepas kerap kali ajak mama ke shopping mall untuk 'beli' adik,akhirnya berita baik untuk Mikhail, mama dah pregnant! 😀😀😀

Tak sampai sebulan berhenti telan pil perancang (yang dah di consume selama 7 tahun) akhirnya mama mengandung!

Sebenarnya selepas rasa mual dan loya, saya macam was-was. Terus beli 2 kotak pregnant tester di farmacy. Test sekali, 2nd line macam pudar. Tapi biasa kalau pudar, memang pregnant. Tapi masih terlalu awal.

2 hari kemudian,test lagi sekali. Pudar lagi. Selang lagi dua hari saya test terus clear..double line!!

Papepun Alhamdulillah. Semoga perkahwinan makin bahagia dan Allah satukan hati kami selepas semua yang melanda. InsyaAllah, perubahan lebih baik akan datang 😀😀. Aamiin.


No comments:

Post a Comment