Friday, 7 April 2017

Koko tak sihat

Selepas 2 hari tengok keadaan Koko yang lemah, berak cair( kadang-kadang hanya lendir sahaja), begitu juga dengan muntah lendir yang kerap, aku terpaksa bawa Koko jumpa vet.

Mikhail pun sedih tengok Koko tak ceria
Pada mulanya agak janggal jugak nak ke vet. Sebab first time. Koko tak pernah sakit pun selama ni. Dari kecil jaga dia memang dia tak banyak masalah.

Lepas isi borang, kami tunggu doktor panggil. Syukur Alhamdulillah, dia cuma demam dan masalah cacing. Sebab tu dia tak berselera makan dan buatkan dia lemah..

Papepun, doktor dah bagi vitamin dan ubat cacing untuk Koko. Kita tengok progress dia untuk minggu-minggu akan datang..

Koko dan Kael

No comments:

Post a Comment