[Antara Ujian dan Jodoh]
Disaat kematian suami semasa Perang Uhud. Ummu Salamah sendirian di tempat orang malah sebatang kara. Lalu dia berdoa:
"Ya Allah ganjarilah aku pada musibahku ini dan gantikan untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripada itu"
Setelah habis idahnya, Rasulullah mewakilkan Hatib bin Abi Baltaah untuk meminanh Ummu Salamah... :)
Begitulah ganjaran Allah bagi yang redha menerima ujian. Yang sentiasa memohon hajat kepadaNya. Yang menjadikan ujian sebagai alat menguatkan iman. Bukan hanyut leka lalai mempersoalkan takdir.
Siapa kita untuk melawan,hanyut mempersoalkan apa yang telah ditulis untuk kita dialam roh lagi?
Belajarlah dari Rasulullah...setelah kematian ibubapa,datuk,bapa saudara malah isyeri kesayangan, itu tidak melumpuhkan jiwanya sebaliknya membakar semangat untjk terus melakukan kebaikan ke jalan Allah.
Akan ada ketikanya kenangan silam menjelma tiba-tiba..lalu perasaan hiba tidak dapat dihalang..maka setiap kali itulah istighfar buat mereka yang meninggalkan mu..andai masih hidup,doakan kebahgiaannya.. :)
No comments:
Post a Comment