Monday, 25 December 2017

Percayakah Kau Pada Karma?

Membalas kejahatan dengan kejahatan bukanlah sesuatu yang tertanam utuh dalam diriku.
.
.
Namun,apa bila terlalu lama menjadi mangsa, ditindas, dimanipulasi, dicabar, dipaksa membuat sesuatu bukan atas kehendak diri, maka ia memaksa aku menukar diriku dari menjadi mangsa tegar kepada pemangsa.
.
.
Penindasan buat aku lebih kuat untuk melawan. Lebih lantang untuk bersuara. Lebih berani dalam bertindak. Namun semua itu jua atas asbab amarah dan dendam.
.
.
Apabila kita sudah berjaya me'mangsa'kan pemangsa kita, tak bererti kita menang. Jauh dalam sudut hati kita tak pun merasa hebat. Kasihan itu ada, tapi dah ditindih oleh benci yang membuak.
.
.
Pertengkaran. Tiada yang menang. Dua-dua kalah. Namun, itulah akibatnya jika terlalu lama memendam. Lama kelamaan busung yang membengkak akan pecah. Yang lemah jadi kuat.
.
.
Andai kau rasa hebat menzalimi dan menindas orang yang selama ini mendiamkan diri, jangan kau lupa setiap manusia ada batas kesabaran. Jangan kau bangkitkan kejelikan yang tersembunyi dalam jiwanya. Kelak dia yang lama akan mati. Diganti dengan yang baru. Yang tiada jiwa. Hanya jasad yang bengis.

Monday, 11 December 2017

Tips Bahagiakan Diri Saat Bersedih

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup berumahtangga.  Jika sepanjang perkahwinan bahagia memanjang mana tempat kita nak selak dan faham sikap buruk pasangan.  Macam mana kita nak nampak siapa dia sebenarnya.
.
.
Namun,  jika pergaduhan berlaku setiap hari,  itu juga tanda perkahwinan itu adalah satu perhubungan yang toksik.  Perhubungan yang menekan kita bukan membangunkan kita.
.
.
Jadi perkahwinan yang sempurna adalah yang di selang seli dengan bahagia dan duka.  Disebalik kedukaan itu kita berdamai.  Disebalik pendamaian itu kita mula kenal pasangan kita.  Kita lebih memahami dia.  Saat ini komunikasi amat penting. Bukan hanya komunikasi dengan pasangan,  kita juga perlu banyak berkomunikasi dan mengadu dengan Pencipta kita.
.
.
Masalahnya macam mana nak bahagia saat kita sedang berduka?

1. Kita kena sedar dan faham jika dilanda masalah dan kita biarkan diri hanyut dibawa emosi,  maka masalah kita takkan selesai.  Cuba biarkan dulu.  Rawat hadi dan positifkan diri kita dulu.  Jangan nak kawal apa yang bukan tempat kita untuk mengawalnya.  Cari kata2 motivasi di fb atau ig atau google cerita-cerita inspirasi atau artikel bermanfaat.
Ini akan bantu kita positif semula.

2. Jika ada anak jangan lepaskan kemarahan terhadap pasangan kepada anak.  Sebaliknya guna kan anak untuk beri kita kekuatan.  Peluk mereka,  ambil energi positif dari mereka.  Bergelak ketawa dan luangkan masa dengan mereka.  Kita akan ceria.

3. Sibukkan diri dengan ahli keluarga atau kawan baik.  Tapi jangan pulak mengumpat pasangan dengan mereka.  Bercerita tentang kehidupan dan aktiviti kita.  Berkongsi pendapat.  Baru dapat energi positif.

4. Last dan paling penting , bangun malam mengadu dengan Allah.  Sunat taubat, hajat, tahajut dan buat istikharah.  Mohon petunjuk dan pertolongan dia.  Buat air yaasin dan minum satu famili.  Moga ikatan jiwa makin kuat.  Kasih sayang makin subur dan tabiat buruk akan hilang.

Selamat mencuba.